Harian Metro

JADI ‘GUNDIK’ JIN

„ Remaja hilang 15 tahun ditemui disorok bomoh durjana

- Agensi

Polis menahan seorang bomoh kerana disyaki menculik seorang remaja perempuan selama 15 tahun dan menyembuny­ikan mangsa di celah batu besar yang didakwa suspek untuk dijadikan gundik jin.

Mangsa yang dikenali sebagai Hasni kini berusia 28 tahun ditemui di celah batu besar berhampira­n rumah bomoh berkenaan di Desa Bajugan, Tolitoli di Sulawesi Tengah pada Ahad lalu.

Polis memberitah­u, Hasni ditemui apabila keluarga mangsa membuat laporan polis mendakwa menerima maklumat wanita itu disembunyi­kan seorang bomoh dikenali sebagai Jago, 83, di Desa Bajugan.

Jurucakap polis, M Iqbal Alqudusy berkata, beberapa anggota polis dibantu penduduk kampung melakukan pencarian sebelum menemui mangsa disembunyi­kan di celah batu besar di belakang rumah bomoh berkenaan.

Bomoh berkenaan yang ditahan mengaku menculik wanita itu untuk dijadikan gundik kepada jin yang diserunya.

“Sebelum gadis ini hilang pada 2003, bapa mangsa ada membawanya bertemu bomoh ini untuk berubat dan dia hilang selepas itu.

“Wanita berkenaan disembunyi­kan di celah batu pada waktu malam dan suspek membawa mangsa ke rumah pada waktu malam untuk ‘disetubuhi’ jin,” katanya yang dipetik tribunnews.com.

Bagaimanap­un, menurut Iqbal, siasatan lanjut mendapati suspek sememangny­a menculik mangsa untuk dijadikan hamba seks.

“Sepanjang 15 tahun hilang, bapa mangsa ada beberapa kali berjumpa bomoh ini untuk mengesan anaknya tetapi suspek memberitah­u wanita itu sudah pergi jauh.

“Ketika ditemui wanita itu kelihatan kebingunga­n, namun dapat menjawab beberapa soalan yang diajukan kepadanya. Mangsa kini dibawa ke hospital untuk pemeriksaa­n,” jelasnya.

Menurutnya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan akan didakwa atas tuduhan menculik serta rogol.

 ??  ?? HASNI ketika diselamatk­an daripada menjadi mangsa culik dan rogol seorang bomoh di Tolitoli di Sulawesi Tengah, Indonesia pada Ahad lalu. Gambar kecil, Jago. - Agensi
HASNI ketika diselamatk­an daripada menjadi mangsa culik dan rogol seorang bomoh di Tolitoli di Sulawesi Tengah, Indonesia pada Ahad lalu. Gambar kecil, Jago. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia