Harian Metro

Mahkamah tentukan nasib Luna Maya, Cut Tari hari ini

-

Jakarta: Nasib dua artis terkenal Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari akan ditentukan hari ini oleh mahkamah, sama ada mereka akan digugurkan sebagai suspek dalam kes video lucah, lapan tahun lalu.

Menurut media Indonesia, keputusan itu akan dibuat hakim selepas sesi pendengara­n pra perbicaraa­n selesai.

Liputan 6 melaporkan, jika keputusan ditolak, perbicaraa­n kes yang mengaitkan kedua-dua artis itu akan diteruskan.

Luna Maya dan Cut Tari menjadi kontrovers­i berikutan tersebarny­a video hubungan seks mereka dengan vokalis kumpulan Peterpan, Nazril Irham atau dikenali sebagai Ariel pada 2010.

Ariel yang didakwa menghasilk­an bahan lucah, dijatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun, manakala nasib Luna Maya dan Cut Tari tidak dipastikan oleh pihak berkuasa walaupun dinamakan sebagai suspek.

Pegawai Hubungan Masyarakat Pengadilan Negeri Jakarta Selatan, Achmad Guntur berkata, pada 5 Jun lalu, Lembaga Pengawasan dan Pengawalan Undang-Undang Indonesia (LP3HI) mengemukak­an tuntutan kepada mahkamah supaya Luna Maya dan Cut Tari digugurkan sebagai suspek

“Mahkamah akan membuat keputusan terhadap permohonan itu pada 7 Ogos,” katanya.

Tribune News melaporkan, dalam tuntutan itu, LP3HI meminta polis membersihk­an nama baik kedua-dua mereka yang dinamakan suspek.

Lembaga itu menyatakan mereka tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa dua artis terbabit.

“Polis tidak mempunyai bukti yang cukup dan gagal memenuhi keperluan pihak pendakwa menyebabka­n kes ini berlarutan dan tidak dibicaraka­n di mahkamah Daerah,” kata wakil LP3HI, Kurniawan Adi Nugroho. Agensi

 ??  ?? LUNA Maya
LUNA Maya
 ??  ?? CUT Tari
CUT Tari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia