Harian Metro

Setuju hukuman mati bagi kemalangan maut

-

Dhaka: Bangladesh berjanji memperkena­lkan hukuman mati terhadap pemandu yang menyebabka­n kemalangan maut dalam usaha mengekang tunjuk perasaan puluhan ribu pelajar sejak seminggu lalu, yang mendesak sistem dan undang-undang lalu lintas lebih baik.

Menteri Undang-Undang dan Kehakiman, Anisul Huq berkata, kabinet sudah meluluskan undang-undang baru yang membenarka­n hukuman mati.

“Bagaimanap­un, hukuman itu hanya jika siasatan mendapati kematian akibat kemalangan jalan raya itu berlaku kerana disengajak­an,” katanya kepada AFP.

Tunjuk perasaan berpanjang­an yang melumpuhka­n Dhaka dan memaksa sekolah ditutup, menarik perhatian media asing serta kritikan masyarakat antarabang­sa termasuk PBB berikutan polis dilapor bertindak keras, termasuk menembak peluru getah terhadap pelajar belasan tahun terbabit.

Ia juga menjadi ujian getir kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina menjelang pilihan raya Disember ini.

Tunjuk perasaan oleh puluhan ribu pelajar sekolah tinggi itu sebagai bantahan dua pelajar, seorang lelaki dan seorang perempuan, terbunuh akibat dirempuh bas yang dipandu laju kerana pemandunya mahu mengejar penumpang.

Dalam pertempura­n terbaru di Rampura semalam, polis menggunaka­n gas pemedih mata untuk menyuraika­n ratusan pelajar universiti swasta.

“Mereka cuba membakar kem polis. Kami terpaksa menembak gas pemedih mata untuk menyuraika­n mereka,” kata ketua polis tempatan, Rafiqul Islam. AFP

 ??  ?? POLIS Bangladesh mengguna gas pemedih mata bagi menyuraika­n pelajar yang membuat bantahan di Dhaka, semalam. - EPA
POLIS Bangladesh mengguna gas pemedih mata bagi menyuraika­n pelajar yang membuat bantahan di Dhaka, semalam. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia