Harian Metro

Venezuela tahan pengganas cuba bunuh presiden

-

Caracas: Enam ‘pengganas dan pembunuh upahan’ sudah ditahan di Venezuela berhubung tuduhan cubaan membunuh Presiden Nicolas Maduro menggunaka­n dron yang dipasang bahan letupan.

Menteri Dalam Negeri, Nestor Reverol, yang mengumumka­n penahanan itu melalui siaran televisyen semalam, menyatakan berkemungk­inan lebih ramai akan ditahan.

Menurut Reverol, tiga anggota tentera yang cedera, berada dalam keadaan kritikal.

Beliau yang menganggap serangan itu sebagai jenayah keganasan dan pembunuhan berkata, ‘dalang kejadian itu yang berada di dalam serta luar negara sudah dikenal pasti’.

Dalam kejadian kelmarin, Maduro dan isteri terselamat selepas dron membawa letupan meletup tidak jauh dari pentas ketika beliau berucap pada majlis ulang tahun ke-81 Pengawal Kebangsaan.

“Ini adalah cubaan membunuh, mereka mahu membunuh saya,” kata Maduro melalui televisyen.

Satu kumpulan tidak begitu dikenali, Pergerakan Kebangsaan Tentera Berbaju T, mengaku bertanggun­gjawab.

Ketika kejadian, televisyen menyiarkan secara langsung Maduro berucap dan beliau serta isterinya kelihatan mendongak sebelum letupan kedengaran.

Anggota Pengawal Kebangsaan yang berkawad, bertempiar­an lari.

Pengawal peribadi Maduro segera mengelilin­ginya dan isteri, melindungi­nya dengan perisai kalis peluru. - AFP

 ??  ?? PETIKAN video menunjukka­n dron yang diterbangk­an sebelum meletup dekat pentas Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, ketika berucap. - Agensi
PETIKAN video menunjukka­n dron yang diterbangk­an sebelum meletup dekat pentas Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, ketika berucap. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia