Harian Metro

Ramai tertimbus runtuhan masjid

- Agensi

Jumlah kematian akibat gempa bumi melanda Pulau Lombok kelmarin, dijangka melebihi kira-kira 130 orang yang diumumkan setakat ini berikutan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan termasuk usaha mengeluark­an mangsa di bawah runtuhan sebuah masjid di Lombok Utara.

Portal berita Detik.com melaporkan, Ketua penerangan Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah mangsa tertimbus di bawah masjid di Dusun Lading Lading, Tanjung, Lombok Utara, yang runtuh sama sekali itu.

“Bagaimanap­un, berdasarka­n maklumat yang kami perolehi, ada dua hingga tiga saf jemaah sedang solat Isyak dalam masjid itu ketika gempa melanda,” katanya di sini, semalam.

Sebahagian besar kematian akibat gempa bumi itu berlaku di Lombok Utara dengan jumlahnya 72 orang daripada keseluruha­n 128 mangsa.

Menurut Sutopo, dua mangsa maut di Pulau Bali yang terletak berhampira­n.

Menurutnya, berikutan ketiadaan jentera berat, kerja mengalihka­n runtuhan masjid terpaksa dilakukan dengan tangan.

Menurut agensi itu, 359 mangsa cedera, kebanyakan­nya luka-luka dan ribuan rumah rosak, sama ada runtuh sepenuhnya atau sebahagian akibat gempa bumi sekuat 7.0 yang berlaku kira-kira jam 6.46 petang waktu tempatan, semalam.

Agensi Meteorolog­i, Klimatolog­i dan Geofisik Indonesia menyatakan berlaku 170 gegaran susulan sehingga jam 3 petang hari ini dengan paling kuat berukuran 5.5.

Sementara itu di Lombok, ketika orang ramai kelam-kabut dan bertempiar­an lari akibat gempa bumi melanda Lombok, seorang wanita yang sarat hamil turut cemas kerana dia sedang sakit untuk bersalin.

Deandra, 23, dari Lombok Timur, antara ribuan penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi dan terpaksa mendapat perlindung­an di pusat pemindahan sementara.

Bagaimanap­un, beberapa jam kemudian Deandra mengadu sakit perut sebelum dirawat doktor di pusat berkenaan yang didirikan Tentera Nasional Indonesia.

„ Wanita sarat mengandung turut cemas kerana sakit untuk bersalin ketika gempa berlaku

Empat doktor tentera dan seorang bidan membantu Deandra melahirkan bayi perempuan.

Menurut laporan berkenaan, Deandra dan bayinya berada dalam keadaan sihat serta akan dipindahka­n ke hospital terdekat untuk pemeriksaa­n lanjut.

 ??  ?? MASJID di Dusun Lading Lading, Tanjung, Lombok Utara, yang runtuh. - Foto BNPB
MASJID di Dusun Lading Lading, Tanjung, Lombok Utara, yang runtuh. - Foto BNPB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia