Harian Metro

Tiga bulan remaja diseksa, jadi hamba seks

-

California: Remaja perempuan 16 tahun yang diculik sebelum diberi dadah dan diseksa, termasuk dijadikan hamba seks selama tiga bulan oleh sindiket pelacuran ditemukan dengan posmen yang menyelamat­kannya.

Crystal Allen dipertemuk­an dengan Ivan Cristotomo, Khamis lalu, di Sacramento, California, ketika menceritak­an pengalaman ngerinya kepada media.

Menurut Daily Mail, dia yang tinggal di Placervill­e, melarikan diri dari rumah perlindung­an, namun diserahkan kepada bapa ayam di Sacramento oleh rakannya sendiri.

KRCA melaporkan, Crystal memberitah­u dia sering dibelasah, diberi dadah, malah dirogol berterusan selama tiga bulan.

“Mereka mempunyai beberapa anjing dan orang yang sentiasa mengawasi kami supaya tidak melarikan diri. Saya turut diikat pada kerusi.

“Saya menangis sepanjang masa dan berdoa dapat berjumpa semula dengan ibu,” katanya.

Bagaimanap­un, pada 8 Jun lalu, Crystal mengambil peluang melarikan diri dengan melompat keluar dari kereta milik penculikny­a sambil merampas satu telefon bimbit mereka.

Cristotomo terserempa­k dengan remaja terbabit yang dalam keadaan panik ketika menghantar surat.

Bapa kepada empat anak itu berkata, dia menyedari mangsa cuba melarikan diri daripada sesuatu yang buruk.

“Saya terdengar suara tangisan dan ternampak dia bersembuny­i di sebalik rimbunan pokok.

“Sambil menunjukka­n lengannya dia berkata, ‘mereka memasukkan sesuatu ke dalam badan saya, mereka akan cari saya’,” kata Cristotomo memberitah­u Fox 40.

Lelaki itu menghubung­i ibu remaja terbabit dan membawa Crystal duduk di dalam vannya menunggu polis tiba.

Menurut polis, kawasan kejiranan di Oak Park mempunyai kes jenayah yang tinggi dan Cristotomo berjaya menyelamat­kan remaja itu daripada terus menjadi mangsa.

“Dia tampil membantu sedangkan orang lain mungkin terus memandu,” kata Timbalan Sherif, David Cuneo.

Bagaimanap­un, sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dibuat oleh polis berhubung kes terbabit. Agensi

 ??  ?? CRYSTAL Allen dipertemuk­an dengan posmen yang menyelamat­kannya, Ivan Cristotomo, Khamis lalu. - Agensi
CRYSTAL Allen dipertemuk­an dengan posmen yang menyelamat­kannya, Ivan Cristotomo, Khamis lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia