Harian Metro

ELAK RISIKO

„ Aaron Chia, Wooi Yik dan Daren pamer prestasi luar biasa

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Beberapa faktor perlu diambil kira sebelum Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan sama ada menyenarai­kan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Liew Daren bagi menghadapi Sukan Asia Indonesia 2018.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menegaskan antara faktor itu termasukla­h kecederaan yang menimpa pemain sebelum keputusan akhir dibuat.

Beregu lelaki ke-35 dunia, Aaron-Wooi Yik menunjukka­n prestasi luar biasa pada penampilan pertama mereka di Kejohanan Dunia di Nanjing, China apabila berjaya mara sehingga suku akhir, manakala Daren melakar kejutan dengan memenangi pingat gangsa.

Pemain berusia 31 tahun itu menjadi pemain perseorang­an ketiga Malaysia yang meraih pingat selepas Datuk Lee Chong Wei (tiga perak London 2011, Guangzhou 2013 dan Jakarta 2015) dan Wong Choong Hann (perak Birmingham 2003).

Bercakap kepada media pada majlis penajaan daripada Air Asia di ibu pejabat syarikat penerbanga­n itu semalam, Norza berkata: “Saya sudah berbincang dengan Datuk Ng Chin Chai (Pengerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan) dan kami berpendapa­t prestasi adalah yang paling utama.

“Sebab itu, kami percaya Aaron-Wooi Yik dan Daren perlu dipertimba­ngkan untuk Sukan Asia. Namun, ada perkara yang perlu diambil kira terlebih dulu.

“Dalam kes membabitka­n Aaron-Wooi Yik, mereka sudah didaftarka­n untuk beraksi pada saingan Terbuka Vietnam (7 hingga 12 Ogos). Kami bimbang ia akan menjejaska­n prestasi mereka pada Sukan Asia jika kami memaksa mereka bermain dalam dua kejohanan berturut-turut.

“Mereka masih muda dan kami tidak mahu terlalu memaksa mereka, kami perlu berhati-hati dalam membuat keputusan yang tepat.

“Dalam kes Daren pula, Chin Chai akan membincang­kan perkara ini dengan Datuk Misbun Sidek (ketua jurulatih perseorang­an lelaki). Jika Daren disenaraik­an, dia akan menggantik­an sama ada Soog Joo Ven atau Cheam June Wei. Kami juga perlu berbincang dengan Daren kerana seperti semua tahu, dia mengalami kecederaan di Kejohanan Dunia.

“Beri kami beberapa hari lagi sebelum membuat keputusan,” kata Norza.

Norza menambah,

BAM turut menunggu maklum balas daripada Institut Sukan Negara (ISN) berhubung kecederaan yang dialami pemain beregu campuran, Goh Liu Ying.

“Menurut Liu Ying, kecederaan itu tidak serius tetapi kami enggan mengambil sebarang risiko. Kami perlu menunggu laporan perubatan,” kata Norza yang turut berpuas hati dengan prestasi pemain negara pada Kejohanan Dunia kali ini yang disifatkan lebih baik berbanding edisi tahun lalu di Glasgow, Scotland.

Kami percaya Aaron-Wooi Yik dan Daren perlu dipertimba­ngkan untuk Sukan Asia

Mohamad Norza Zakaria

 ??  ?? AARON (kanan) dan Wooi Yik cemerlang pada penampilan pertama mereka di Kejohanan Dunia di Nanjing. DAREN raih menang pingat gangsa di nanjing.
AARON (kanan) dan Wooi Yik cemerlang pada penampilan pertama mereka di Kejohanan Dunia di Nanjing. DAREN raih menang pingat gangsa di nanjing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia