Harian Metro

Optimis hapus rekod lama

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

„ Azizul jalani latihan intensif selama tiga minggu bagi persiapan ke Sukan Asia

Jaguh berbasikal kebangsaan, Azizulhasn­i Awang yakin mampu memadamkan rekod Asia 9.77 saat miliknya dalam acara 200 meter (m) pecut individu pada temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018.

Azizulhasn­i yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman berkata, dia juga percaya prestasiny­a akan memuncak apabila turun beraksi dalam tiga acara iaitu keirin, pecut dan berpasukan di Sukan Asia 2018 nanti.

Berikutan itu, Azizulhasn­i kini menjalani latihan intensif selama kira-kira tiga minggu di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan bagi memastikan mereka mencapai kemuncak prestasi apabila berentap di Velodrom Rawamangun,

(gambar)

Jakarta.

“Biarpun saya berpuas hati dengan prestasi dan catatan masa 9.8 saat (s) dibuat dalam acara pecut di Piala Trek China, namun saya berharap latihan ini mampu meningkatk­an lagi kelajuan kayuhan dan membantu saya memecahkan rekod Asia dan peribadi terbaik 9.774s dibuat di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) Februari lalu.

“Selaku atlet yang sentiasa menekankan aspek ‘kekuatan fizikal dan kemahiran tinggi’ saya percaya tempoh tiga minggu latihan di Velodrom Nasional cukup baik untuk meningkatk­an prestasi dan kepantasan saya dalam acara trek di Sukan Asia 2018 nanti,” katanya.

Bagaimanap­un, Azizulhasn­i juga perlu menghadapi cabaran pelumba Jepun, China dan Korea Selatan serta rakan senegara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom andai kata mahu merangkul pingat emas menerusi acara pecut di Sukan Asia 2018 nanti.

Jaguh berbasikal berasal dari Dungun, Terengganu itu juga perlu mengatasi saingan pelumba Jepun dan Korea Selatan bagi membolehka­nnya merangkul pingat emas dalam acara kegemarann­ya keirin di Jakarta nanti.

“Sasaran utama saya sekarang adalah untuk menang pingat emas dalam acara keirin kerana ia lebih terbuka dan cerah. Biarpun tumpuan mahu menang emas acara keirin, namun Insya Allah kita boleh menang emas dalam acara pecut individu dan berpasukan.

“Kemenangan di Sukan Asia nanti amat penting dan boleh dijadikan azimat atau motivasi untuk saya menaiki podium dalam saingan Piala Dunia Trek UCI di Perancis pada 19 hingga 21 Oktober depan sebagai salah satu daripada kejohanan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia