Harian Metro

AirAsia taja penerbanga­n serantau bernilai RM1 juta

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Sepang: AirAsia terus memberi sokongan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila bersetuju menaja penerbanga­n bernilai RM1 juta setahun hingga 2020 kepada pemain kebangsaan yang beraksi pada kejohanan serantau bermula tahun depan.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun di hadapan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria di RedQ, ibu pejabat syarikat penerbanga­n tambang murah itu semalam.

“Kami amat berbangga untuk meneruskan sokongan kami terhadap badminton negara selepas tahun lalu kami turut menaja kejohanan Liga Juara-Juara Nasional AirAsia-BAM.

“Kami dengan sukacita meneruskan sokongan untuk membantu meringanka­n perjalanan pemain kebangsaan dan membantu mereka dalam usaha bersaing di Asia Tenggara atau mencabar kejuaraan dunia,” kata Kamarudin.

Norza yang menyambut baik sokongan padu syarikat penerbanga­n itu berkata: “Kami gembira kerana sokongan berterusan yang disediakan oleh AirAsia.

“Penajaan ini akan memberi banyak peluang untuk membolehka­n pemain kebangsaan berlatih dan bersaing dalam kejohanan serantau. “Malah, AirAsia amat komited untuk membangunk­an sukan tempatan dan seterusnya menyokong atlet kebangsaan.”

Penajaan penerbanga­n selama tiga tahun bernilai RM1 juta setahun itu sebahagian daripada kempen #DARE TO DREAM AirAsia yang memperkuku­hkan lagi jalinan kerjasama strategik bersama BAM sekali gus berkongsi impian untuk melahirkan pemain berkualiti dan meletakkan nama Malaysia di peta dunia.

Selain badminton, AirAsia turut menaja beberapa atlet negara seperti jaguh berbasikal, Azizulhasn­i Awang, peserta bina badan, Faiz Ariffin dan pemain bowling wanita negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi sebelum ini.

 ??  ?? NORZA (tujuh dari kiri) menerima replika cek daripada Kamarudin (empat dari kanan) pada Majlis Tajaan AirAsia kepada BAM di AirAsia Red Q, Sepang, semalam.
NORZA (tujuh dari kiri) menerima replika cek daripada Kamarudin (empat dari kanan) pada Majlis Tajaan AirAsia kepada BAM di AirAsia Red Q, Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia