Harian Metro

Skuad papan selaju mantap psikologi Dalam yakin tetap waspada

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Lumpur: Selepas menjalani latihan di Bangkok untuk persiapan ke Sukan Asia di Jakarta, Indonesia, barisan atlet papan selaju negara akan menjalani sesi psikologi bersama Institut Sukan Negara (ISN).

Ketua jurulatih dan bekas pemain papan selaju profesiona­l, Mohd Zambri Ramli berkata, tujuan utama sesi latihan di Thailand adalah untuk mempertaja­mkan skil selain menambah kemahiran dalam persembaha­n mereka.

“Kami menjalani latihan bersama pasukan Thailand untuk berkongsi program latihan dan cuba merasai suasana pertanding­an,” katanya.

Zambri mempunyai seorang atlet termuda negara dalam senarai 423 kontinjen ke Jakarta, namun beliau menegaskan atlet berkenaan, Ian Nuriman Amri cukup matang untuk beraksi meskipun usianya baru mencecah 11 tahun.

“Ian Nuriman bukan baru dalam pertanding­an. Dia pernah beraksi bertemu lawan yang lebih berusia daripadany­a, tapi Sukan Asia adalah kejohanan paling terbesar baginya setakat ini.

“Kami akan mengadakan sesi bersama unit psikologi ISN dan saya selaku jurulatih akan sentiasa menyelia prestasi setiap atlet,” katanya.

Selepas konflik antara Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA) dan Persekutua­n Papan Selaju Malaysia (MYSKATE) menemui jalan penyelesai­an, mereka sudah bersedia untuk meraih sasaran di Sukan Asia.

“Sasaran kami di Sukan Asia adalah untuk berada di final atau 10 terbaik.

“Saya juga adalah salah seorang pengadil pertanding­an di sekitar Asia dan saya tahu atlet kita mempunyai kemampuan lebih baik berbanding atlet dari negara lain.

“Saya yakin kami dapat memenuhi sasaran ditetapkan,” katanya.

Bukan mudah, tapi tak mustahil. Itu yang boleh digambarka­n mengenai misi skuad bawah 23 tahun negara (B-23) ke Sukan Asia Jakarta-Palembang bermula 15 Ogos ini.

Pentas Asia cukup besar buat pemain muda negara, namun kejayaan melakar sejarah mara ke suku akhir buat kali pertama di Kejohanan AFC B-23 di China, Januari lalu pasti meniup keyakinan mereka.

Di Sukan Asia, Kim Swee masih menaruh kepercayaa­n kepada tonggak utama di China kecuali pertahanan Matthew Davies dan pemain perancang Nor Azam Azih yang tidak mendapat pelepasan pasukannya, Pahang.

Mujur pasukan lain masih berlembut dengan FAM dan meletakkan kepentinga­n negara sebagai asas utama bagi Kim Swee mengumpul semua 22 pemain pada sesi latihan terakhir.

Selain itu, skuad negara turut dihimpit dengan masalah kecederaan menyaksika­n pemain senior, Aidil Zafuan Abd Radzak tidak dapat bersama Badrrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali untuk melengkapk­an kuota tiga pemain lebih usia.

Malah, situasi kelam kabut berlaku dengan tuan rumah terpaksa membuat pengundian semula sebanyak dua kali membabitka­n pasukan Palestin dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selepas undian terakhir, Kim Swee boleh merasa lega apabila UAE yang pada awalnya diundi dalam Kumpulan E bertukar ke Kumpulan C.

Ketiadaan UAE itu menyaksika­n Malaysia akan berdepan Kyrgyzstan pada 15 Ogos di Stadium Si Jalak Harupat, diikuti juara bertahan Korea Selatan

(17 Ogos) dan Bahrain (20 Ogos) dalam Kumpulan E.

Di atas kertas, Korea yang diperkuatk­an penyerang Tottenham Hotspur, Son Hung-min pasti menjadi pasukan pilihan untuk layak, manakala satu lagi slot mampu diisi skuad negara.

Kim Swee cukup positif dengan prestasi anak buahnya meskipun tewas 1-2 kepada China dalam aksi pemanas badan kelmarin dan dijangka bertemu Arab Saudi pada Jumaat ini di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Bandung.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat pada 1974 di Tehran dengan menewaskan Korea Utara 2-1 pada penentuan tempat ketiga, namun selepas format ditukar kepada pemain B-23 sejak 2002, tiada lagi kejayaan dicapai skuad negara di temasya sukan itu.

„ Kejayaan di China jadi azimat Skuad B-23

 ??  ?? KIM Swee puas hati dengan prestasi pemain dalam aksi pemanas badan menentang China.
KIM Swee puas hati dengan prestasi pemain dalam aksi pemanas badan menentang China.
 ??  ?? SKUAD B-23 negara menjalani latihan terakhir Di Changzhou, semalam.
SKUAD B-23 negara menjalani latihan terakhir Di Changzhou, semalam.
 ??  ?? IAN atlet termuda dalam skuad papan selaju negara.
IAN atlet termuda dalam skuad papan selaju negara.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia