Harian Metro

Impian Georgia jadi kenyataan

-

Lytham St Annes, England: Ketika masih kecil, Georgia Hall pernah berangan-angan untuk membenam putt yang memberikan­nya kemenangan Terbuka Wanita British dan awal pagi semalam, fantasinya itu menjadi realiti apabila keazaman dan kemampuan mengawal perasaan gemuruh memberikan kejuaraan utama sulungnya di Royal Lytham & St Annes.

Ketika bapanya, Wayne bertindak sebagai kedi, pemain berusia 22 tahun itu bangkit daripada ketinggala­n satu pukulan di belakang pendahulu semalaman, Pornanong Phatlum dari Thailand untuk merakam catatan mengagumka­n lima bawah par 67 pada pusingan akhir bagi keseluruha­n 17 bawah par dan meraih hadiah AS$490,000 (RM1.99 juta).

Sepanjang 72 lubang, Georgia hanya melakukan tiga bogey dan enam birdie pada pusingan akhir, memastikan­nya menang dengan kelebihan dua pukulan di depan Pornanong.

“Pencapaian ini terlalu bagus,” katanya.

“Ketika saya berusia sembilan tahun, saya pernah menyatakan ‘ini untuk kejuaraan Terbuka British’ dan untuk mengalami pengalaman itu hari ini. Ia seperti sukar dipercayai.”

Ia juga satu kemenangan

(gambar)

penuh emosi kerana datuknya tidak sihat.

Bergelut untuk menahan air mata ketika majlis penyampaia­n hadiah, dia berkata: “Trofi ini untuk datuk saya.”

Georgia - nama pertamanya bersempena negeri Amerika Syarikat yang menjadi hos kejohanan Masters AS di Augusta - hanya menang dua kali sebelum ini sejak beralih kepada profesiona­l pada 2014, sebagai pemain rookie dalam Siri Access Jelajah Wanita Eropah dan Terbuka Victoria 2016 di Australia.

Hari terakhir ternyata menjadi persaingan dua penjuru antara Georgia dan Pornanong.

Pemain Thai berusia 28 tahun itu mendahului dua pukulan selepas empat birdie dalam enam lubang pertama dan masih mendahului satu pukulan selepas menamatkan sembilan lubang pertama.

Namun, Georgia mempamer kebangkita­n mengagumka­n pada sembilan lubang kedua dengan tiga birdie dalam empat lubang dari lubang ke-13, manakala tolakan birdie dari jarak 25 kaki pada lubang ke-16 membantuny­a mendahului buat kali pertama. - AFP lawannya itu menakjubka­n.

“Dia mempamerka­n permainan yang hebat. Dia bermain dengan cukup cemerlang dan terlalu bagus untuk saya,” kata De Minaur.

“Ia memberikan anda semangat untuk mengulangi kejayaan yang diperolehn­ya pada usia yang muda.

“Saya fikir dia akan berada di sini untuk masa yang cukup lama,” katanya yang beraksi final ATP kedua kariernya. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia