Harian Metro

Kekuatan, kematangan rahsia pertahan kejuaraan

-

Washington: Alexander Zverev menegaskan, kejayaan mempertaha­nkan kejuaraan ATP Terbuka Washington menonjolka­n kekuatan dan kematangan­nya tetapi pemain nombor tiga dunia itu mengakui masih ada jurang besar antaranya dengan Rafael Nadal serta Roger Federer.

Pemain Jerman berusia 21 tahun itu memenangi gelaran ketiganya tahun ini dan kesembilan sepanjang kariernya dengan menewaskan

(gambar)

pemain remaja Australia, Alex De Minaur 6-2, 6-4 pada final edisi ke-50 kejohanan pemanas badan menjelang Terbuka Amerika Syarikat itu.

“Minggu yang menakjubka­n buat saya,” kata Zverev. “Memenangi kejohanan pada ulang tahun ke-50 sesuatu yang menakjubka­n. Ia sudah menjadi minggu yang istimewa untuk saya.

“Perasaanny­a cukup hebat (mempertaha­nkan gelaran) dan ia menunjukka­n kekuatan mental saya. Saya fikir ia juga membuktika­n sedikit kematangan.”

Ketika Zverev berada di kedudukan teratas senarai pemain bintang muda, apa yang dicapainya jauh daripada kejayaan diraih pemenang 20 kali gelaran Grand Slam, Federer, 36, dan pemenang 17 kali Grand Slam Nadal, 32.

“Roger dan Rafa masih lagi pemain terbaik dan masih bersaing untuk merebut gelaran Grand Slam,” katanya.

“Saya tidak pernah menjuarai Grand Slam. Untuk berkata saya sudah berada di tahap mereka tidak adil.”

Kemenangan itu menyaksika­n Zverev menyertai senarai pemenang dua kali berturut-turut di Washington termasuk pemain legenda Andre Agassi, Michael Chang dan Juan Martin del Potro.

De Minaur yang memenangi 11 mata daripada servis Zverev mengakui permainan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia