Harian Metro

Man U lesu

- AFP

„ Bayern lebur skuad kendalian Mourinho menerusi tandukan Martinez hasil sepakan sudut

Tandukan Javi Martinez pada babak kedua menghadiah­kan Bayern Munich kemenangan 1-0 ke atas Manchester United di Arena Allianz, awal pagi semalam yang menjadi penutup kempen pramusim buat kedua-dua pasukan menjelang musim baru.

Pemain kebangsaan Sepanyol, Martinez menanduk masuk gol berpunca sepakan sudut pada minit ke-59 yang membenarka­n juara Jerman itu memanfaat sepenuhnya aksi longlai skuad kendalian Jose Mourinho.

United akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris di gelanggang sendiri menentang Leicester City, awal pagi Sabtu ini.

Marcus Rashford dan Victor Lindelof pulang ke pangkuan United selepas cuti Piala Dunia tetapi pelawat kehilangan Eric Bailly selepas babak pertama berakhir susulan pelanggara­n dengan Serge Gnabry.

Mourinho masih berharap memperkuat­kan pasukannya pada jendela perpindaha­n musim panas yang berakhir Khamis ini dengan hanya pemain tengah Brazil,

(gambar)

Fred menjadi pembelian terbesar kelab itu kali ini.

“Ketua pegawai eksekutif sudah cukup lama tahu apa yang saya mahukan,” kata

Mourinho kepada TV

Jerman sejurus perlawanan.

“Saya tahu beliau berusaha sedaya upaya untuk saya dan saya masih mempunyai beberapa hari untuk menunggu dan melihat apa yang akan berlaku.”

Bayern yang dibimbing jurulatih baru, Niko Kovac akan kembali ke kem latihan pasukan di Tegernsee menjelang pertembung­an Piala Super Jerman menentang Eintracht Frankfurt hujung minggu ini.

 ??  ?? KOVAC
KOVAC
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia