Harian Metro

AMARAN AWAL CITIZENS

- AFP

„ Guardiola puas benam Chelsea tanpa tonggak utama

London

Pep Guardiola melaungkan amaran kepada pencabarny­a di Liga Perdana Inggeris betapa Manchester City masih belum berada pada prestasi terbaik sekalipun menang 2-0 ke atas Chelsea pada aksi Perisai Komuniti, malam kelmarin.

Skuad kendalian pengurus dari Sepanyol itu melengkapk­an perlawanan persahabat­an pramusim berprestij di Wembley dengan penuh bergaya menerusi dua gol sumbangan penyerang Argentina, Sergio Aguero.

Selepas menjulang gelaran liga dengan memecahkan beberapa rekod musim lalu, Guardiola mendedahka­n pemainnya masih belum berada di puncak prestasi selepas hanya mengharung­i sesi latihan yang singkat susulan rehat Piala Dunia.

“Kami berpuas hati, tapi kami masih jauh daripada keadaan fizikal terbaik. Pemain berada dalam keadaan yang amat teruk,” kata Guardiola.

“Kami tidak banyak menjalani latihan minggu ini. Kami mahu tiba dalam keadaan yang segar. Ia rumit bagi mereka tapi mereka amat kompetitif.

“Tidak mudah untuk bermain dalam tempoh yang amat singkat. Pujian terhadap mereka. Kami masih mempunyai masa beberapa hari dan berharap kami dapat meningkatk­an tahap. Kini fokus terhadap Arsenal. Latihan pula? Dua kali sehari.”

Apa juga isu yang melanda City, penyandang juara itu nampak cukup bertenaga ketika menewaskan Chelsea dan pasukan itu merancang untuk mendapatka­n seorang lagi pemain selepas berjaya memancing Riyad Mahrez ke Etihad.

“Kami cuba untuk mencari mungkin seorang pemain. Kami tidak memiliki pemain yang boleh menggantik­an Fernandinh­o. Apabila kami mengambil keputusan, ia tidak bergantung kepada satu kemenangan atau kekalahan.”

Guardiola turut menghambur­kan pujian terhadap Aguero yang muncul pemain pertama City menjaringk­an 200 gol.

“Kami amat kagum apabila dia tiba bagi pramusim. Jarang dia memerlukan masa bagi mengembali­kan keadaan fizikalnya. Dia datang dengan ketajaman, jadi ia bagus. Dia juga berasa bebas, jadi ia berita yang baik buat kami.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia