Harian Metro

Sarri mahu pemain miliki ‘jiwa’ Blues

-

London: Penyerang Chelsea, Willian menolak dakwaan dia tidak gembira di London: Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri menegaskan, beliau hanya mahu pemain ‘yang memiliki motivasi terbaik’ di sebalik ketidakpas­tian membabitka­n beberapa pemain bintang dalam skuad kendaliann­ya.

Pengendali dari Itali itu berkata, beliau akan bersemuka dengan penjaga gol, Thibaut Courtois minggu ini selepas ejennya, Christophe Henrotay dipetik menyatakan pemain kebangsaan Belgium itu bertegas mahu meninggalk­an Stamford Bridge.

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dipercayai antara destinasi pilihan pemain itu menjelang jendela perpindaha­n yang berakhir Khamis ini.

“Saya tidak mempunyai sebarang reaksi terhadap ejen, saya tidak berminat,” kata Sarri selepas tewas perlawanan pertamanya dalam aksi kompetitif selaku pengurus Chelsea apabila kalah 0-2 kepada Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti, malam kelmarin.

Courtois tidak beraksi pada perlawanan itu dengan penjaga gol kedua, Willy Caballero berdepan tugas berat menangani serangan bertali arus City.

“Saya mahu mendengar sendiri daripada Courtois esok. Saya hanya mahu pemain yang mempunyai motivasi paling tinggi,” kata Sarri yang menggantik­an Antonio Conte.

Bekas pengurus Napoli itu mengakui ‘perbezaan yang sedikit, mungkin banyak’ antara dua pasukan di Wembley itu tetapi berkata, beliau mempunyai tempoh masa yang singkat dengan pemainnya susulan cuti rehat selepas Piala Dunia.

Dua tonggak, Eden Hazard dan N’Golo Kante juga tidak beraksi dengan Willian masuk sebagai pemain gantian.

Pengurus baru itu berjanji untuk mengembali­kan kegemilang­an Chelsea, tetapi kekalahan kepada City menjadi bukti masih banyak kerja keras yang perlu dilakukan Sarri bagi memastikan skuad itu mampu memberi cabaran dalam Liga Perdana Inggeris. - Reuters

>>Willian terlepas latihan selama lima

hari berikutan masalah pasport

 ?? Maurizio Sarri ?? AKSI Willian (kiri) ketika cuba merampas bola daripada pertahanan City Kyle Walker. Saya tidak mempunyai sebarang reaksi terhadap ejen, saya tidak berminat
Maurizio Sarri AKSI Willian (kiri) ketika cuba merampas bola daripada pertahanan City Kyle Walker. Saya tidak mempunyai sebarang reaksi terhadap ejen, saya tidak berminat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia