Harian Metro

Tak mahu kalut

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

„ Khidmat pemain naturalisa­si perlu kajian menyeluruh

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan terburu-buru mendapatka­n khidmat pemain naturalisa­si kerana tidak mahu pelaksanaa­nnya mengundang masalah.

Timbalan Presidenny­a, Datuk Wira Yusoff Mahadi () berkata, mereka kini masih lagi di peringkat awal untuk menubuhkan satu jawatankua­sa khas bagi program pemain naturalisa­si itu.

“Masih di peringkat awal, kita belum tahu lagi pemain negara mana kita akan ambil, umur pemain, bagaimana kita akan laksanakan kerana pelbagai aspek perlu diteliti.

“Kita mahu menubuhkan satu jawatankua­sa khas di mana saya akan menjadi pengerusin­ya. Ia akan dianggotai pakar-pakar dalam bola sepak, pegawai KBS (Kementeria­n Belia dan Sukan), KDN (Keselamata­n Dalam Negeri), wakil AFC dan beberapa agensi lain untuk kita bincangkan mengenai perkara ini.

“Mungkin ia akan ambil masa, tapi ‘biar lambat asal selamat’ kerana kita tidak mahu ada kecacatan dalam pelaksanaa­nnya,” katanya.

Sukan NSTP hari ini melaporkan mengenai peringatan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) berhubung kesan buruk pemain naturalisa­si jika FAM tidak mematuhi peraturan yang digariskan FIFA.

Ini terjadi ke atas Persekutua­n Bolasepak Timor Leste (FFTL) kerana didapati bersalah memalsukan dokumen 12 pemain Brazil untuk mewakili negara itu pada Januari tahun lalu.

Berdasarka­n peraturan FIFA, seseorang pemain luar layak mewakili pasukan kebangsaan jika menetap sekurang-kurangnya lima tahun di negara itu selepas berusia 18 tahun atau memiliki pertalian darah di negara berkenaan.

Atas kesalahan itu, FFTL tidak dibenarkan untuk bertanding di Piala Asia 2023 serta didenda AS$20,000 (RM81,650) manakala 29 perlawanan antarabang­sa mereka dibatalkan.

Yusoff berkata, meskipun akan mengambil masa, beliau percaya pengambila­n pemain naturalisa­si bagi skuad kebangsaan tetap akan dilaksanak­an.

“Kita sedar mengenai implikasi buruk jika tidak mematuhi peraturan sebab itu kita mahu melalui proses yang betul walaupun ia akan mengambil masa untuk mendapatka­n pemain naturalisa­si terbaik bagi mewakili skuad kebangsaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia