Harian Metro

Longhi pasrah

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

„ Pengendali JDT akur kekalahan di tangan MIFA

Bukan malam JDT.” Itu yang dirumuskan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longhi selepas barisannya tumbang 1-2 kepada MIFA pada aksi Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin.

Apapun, pengendali kelahiran Argentina itu tetap berpuas hati dengan corak permainan barisannya yang menguasai perlawanan apabila bermula dengan baik selepas mengasak ke kubu pasukan Liga Perdana itu, namun gagal menjaringk­an gol.

Tambahnya lagi, setiap gerakan berbahaya sering dicipta pemain JDT tidak kira daripada posisi tengah, sayap kiri dan kanan tetapi agak malang apabila gagal menembusi keampuhan benteng lawan yang berdisipli­n.

“Pemain MIFA bertahan dengan lima dan lapan pemain, itu yang menyukarka­n kami untuk mencari ruang menjaringk­an gol, tapi saya enggan merungut dengan taktik pasukan lawan yang beraksi secara bertahan kerana itu taktik mereka.

“Namun, kami dihukum akibat satu kesalahan saja dan pemain MIFA mengambil kesempatan menjaringk­an gol. Kami cuba membuka permainan dengan gerakan di sebelah sayap kiri menerusi larian pantas S Kunanlan dan Corbin Ong yang sentiasa bergerak membantu barisan serangan.

“Anda sendiri melihat setiap kali bola sepakan lintang terutama pada babak pertama, bola akan dipintas barisan pertahanan MIFA, malah tindakan pemain pasukan itu yang sentiasa mengekori rapat pemain JDT memberi kesan kelancaran gerakan kami,” katanya.

Mengulas mengenai dua gol yang dilepaskan, Longhi menegaskan beliau akan membuat analisis bagi mencari kesilapan untuk persiapan aksi menentang Kedah di laman sendiri Sabtu ini, selain memantapka­n semua posisi bagi mengelak kekalahan berulang.

Sementara itu, Jurulatih MIFA, K Devan menegaskan skuad kerdilnya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia