Harian Metro

Apek punca FELDA United kempunan

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz sukanteam@nstp.com.my

masih belum layak diletakkan pilihan sekalipun melakukan kejutan ke atas JDT. Sambil bangga dengan kemampuan anak buahnya menumbangk­an barisan Longhi, Devan menegaskan beliau masih tidak mahu meletakkan harapan tinggi untuk pasukannya pergi jauh dalam penampilan sulung saingan berprestij

itu. Maran: Pengendali FELDA United, B Sathianath­an memuji ketangkasa­n penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menyelamat­kan empat percubaan berbahaya pemainnya hingga pasukan kendaliann­ya terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Beliau berkata, persembaha­n mantap Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai Apek menjadi penyebab mengapa pasukannya tidak menang.

“Kami mempunyai banyak peluang menerusi Thiago Augusto dan Gilberto Fortunato pada babak pertama dan kedua perlawanan, tapi sering digagalkan Apek yang bermain amat baik.

“Malam ini (kelmarin) adalah persembaha­n terbaiknya (Apek) selain kegagalan pemain kami menyempurn­akan peluang terhidang walaupun menguasai hampir keseluruha­n perlawanan,” katanya.

Melaka berjaya mengikat FELDA United yang juga juara Liga Perdana itu dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Sathia yang juga bekas ketua jurulatih kebangsaan memaklumka­n faktor beberapa pemain utamanya yang cedera menyebabka­n dia terpaksa menukar formasi termasuk meletakkan kapten Shukor Adan di bahagian tengah.

Katanya, walaupun strategi dilaksanak­an dengan baik, faktor nasib yang tidak menyebelah­i skuad The Fighters memaksa mereka berpuas hati dengan keputusan seri.

“Saya ingin memuji pemain muda Zahril Azri yang bermain dengan baik malam ini. Walaupun baru berusia 19 tahun namun gaya permainan yang ditonjolka­n amat matang,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN JDT, Gabriel Cabrera (kanan) diasak pemain MIFA, kelmarin. APEK (depan) nafi beberapa percubaan berbahaya pemain FELDA United.
PEMAIN JDT, Gabriel Cabrera (kanan) diasak pemain MIFA, kelmarin. APEK (depan) nafi beberapa percubaan berbahaya pemain FELDA United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia