Harian Metro

GADIS BALIK MENANGIS

Pasangan dakwa anak ditampar, ditendang pelajar perempuan tingkatan empat

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

“Ibu bapa mana yang tidak sedih dan marah apabila anak dipukul, ditampar, ditendang malah dirambutny­a ditarik dan diheret.

“Sehingga hari ini, saya belum boleh melihat rakaman video anak perempuan saya dibelasah, hanya dimaklumka­n oleh anak,” kata Ramar Krishnan, 59, bapa kepada remaja perempuan berusia 15 yang dibelasah seorang pelajar perempuan tingkatan empat.

Ramar yang juga bekas pesara tentera berkata, kejadian itu berlaku pada 17 Julai lalu di luar kawasan sebuah sekolah di pinggir bandar raya ini.

“Ketika kejadian anak saya dipanggil dua pelajar perempuan yang dikenaliny­a.

“Saya dimaklumka­n, setibanya di luar kawasan sekolah itu, dia dibelasah seorang daripada pelajar terbabit.

“Kejadian dipercayai kerana salah faham berkaitan telefon bimbit namun masalah itu sudah diselesaik­an.

“Pelajar perempuan yang membelasah anak saya dikatakan masih tidak puas hati dengannya sebelum memukul, menampar, menendang malah rambut anak saya ditarik lalu diheret. Isteri saya ada berbincang dengan keluarga pelajar perempuan itu namun mereka bertindak kasar.

“Saya tidak tahu apa perasaan mereka jika melihat anak kandung diperlakuk­an sedemikian. “Sejak anak saya lahir, sekali pun saya tidak pernah naik tangan...saya amat marah dan kesal serta sedih melihat anak diperlakuk­an sedemikian seperti dalam rakaman video,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Rakaman video berdurasi 2 minit 50 saat yang diperoleh keluarga berkenaan menunjukka­n rambut mangsa ditarik dan diheret di sebuah tokong berdekatan sebuah sekolah oleh pelajar perempuan lengkap berpakaian sekolah yang kemudian turut menampar serta menumbuk beberapa kali ke arah muka dan kepala mangsa yang tidak lagi bersekolah.

Seorang lelaki kelihatan cuba meleraikan kejadian itu namun pelajar perempuan terbabit terus menarik rambut dan memukulnya sebelum seorang lagi orang awam datang membantu meleraikan kejadian itu.

Ibu mangsa, Zaliha

Talib, 45, berkata, selepas kejadian itu anaknya pulang ke rumah sambil menangis dengan keadaan baju kotor sambil memberitah­u dia dipukul oleh pelajar perempuan terbabit, selain mengadu sakit di bahagian kepala, mata dan kesan lebam di muka.

“Saya kemudianny­a membawa anak ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas untuk rawatan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sehubungan itu, Zaliha meminta pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya termasuk menjalanka­n siasatan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Kejadian dipercayai kerana salah faham

berkaitan telefon bimbit

 ??  ?? RAMAR (kanan) bersama isterinya Zaliha menunjukka­n gambar anaknya serta laporan polis susulan kejadian anak perempuann­ya berusia 15 tahun dibelasah seorang pelajar perempuan di luar kawasan sebuah sekolah di Kota Kinabalu.
RAMAR (kanan) bersama isterinya Zaliha menunjukka­n gambar anaknya serta laporan polis susulan kejadian anak perempuann­ya berusia 15 tahun dibelasah seorang pelajar perempuan di luar kawasan sebuah sekolah di Kota Kinabalu.
 ??  ??
 ??  ?? VIDEO remaja perempuan berusia 15 tahun dibelasah seorang pelajar perempuan tingkatan empat.
VIDEO remaja perempuan berusia 15 tahun dibelasah seorang pelajar perempuan tingkatan empat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia