Harian Metro

Edar kosmetik tidak berdaftar

-

Seorang pemilik kedai kosmetik didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, terhadap dua pertuduhan memiliki keluaran bukan berdaftar dan kosmetik tidak bernotifik­asi.

Suparman Sudirman, 38, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di premis Umairah Collection II di Kompleks Karamunsin­g ketika serbuan dilakukan anggota Cawangan Penguat kuasa Farmasi jam 11.10 pagi, 22 Januari lalu.

Hasil pemeriksaa­n mendapati sebanyak 27 jenis keluaran (kosmetik) disyaki bukan keluaran berdaftar dan seterusnya dirampas dan pengesahan turut mendapati 12 jenis keluaran yang dirampas tidak berdaftar dan sembilan kosmetik yang dirampas adalah tidak bernotifik­asi.

Suparman didakwa mengikut Peraturan

7(1)(a) dan 18A(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 iaitu kesalahan mengikut Peraturan 30(1), Peraturan sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Kesalahan itu boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh merayu supaya hukuman diringanka­n kerana perlu menyara dua anak selain kedai dimilikiny­a sudah ditutup sejak Mei lalu kerana tidak mampu membayar sewa.

 ??  ?? SUPARMAN mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki keluaran bukan berdaftar dan kosmetik tidak bernotifik­asi.
SUPARMAN mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki keluaran bukan berdaftar dan kosmetik tidak bernotifik­asi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia