Harian Metro

Curi ikan laut orang

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my Kota Kinabalu

„ Empat nelayan Vietnam dipenjara enam bulan, denda RM50,000

Empat nelayan warga Vietnam dihukum penjara enam bulan dan denda antara RM30,000 hingga RM50,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, kerana menangkap ikan di perairan negara ini.

Keempat-empat tertuduh, Tran Tam, 50; Ngien Van Thanh, 54; Le Van Hrlen, 39, dan Ngo Van Men, 33, mengaku bersalah di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad selepas pertuduhan dalam bahasa Vietnam dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa mahkamah.

Menurut kertas pertuduhan, anggota Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah vesel nelayan asing pada jam 4.37 petang, 19 Jun lalu, di perairan Balambanga­n, Kudat.

Hasil pemeriksaa­n, empat nelayan termasuk juragan adalah warga Vietnam yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan terdapat peralatan menangkap ikan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu nelayan asing yang cuba menangkap ikan di perairan negara tanpa permit yang sah dikeluarka­n Ketua Pengarah Perikanan Malaysia mengikut Seksyen 19(1) Akta Perikanan 1985 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25(a) akta sama.

Kesalahan itu boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM1 juta setiap seorang bagi nakhoda dan RM100,000 bagi setiap kru kapal.

Sehubungan itu, Ainul memerintah­kan Tran Tam yang juga kapten kapal didenda RM50,000 dan penjara enam bulan, manakala tiga yang lain dikenakan denda RM30,000 dan penjara enam bulan bagi setiap seorang.

 ??  ?? NELAYAN warga Vietnam yang dijatuhi hukuman penjara kerana menangkap ikan di perairan negara ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.
NELAYAN warga Vietnam yang dijatuhi hukuman penjara kerana menangkap ikan di perairan negara ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia