Harian Metro

Kritikal lima tahun lagi

- Suzianah Jiffar suzianah@nstp.com.my

Sabah memerlukan sebuah empangan baru bagi menampung keperluan bekalan air pada masa depan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pembinaan empangan baru di Papar itu penting kerana dalam masa lima ke 10 tahun akan datang, bekalan air tidak akan mencukupi untuk menampung keperluan rakyat serta industri.

“Keadaan yang kritikal ini perlu diselesaik­an malah kekurangan semasa (bekalan air) sekarang ini adalah kira-kira 15 peratus.

“Jika perkara ini tidak ditangani, ia tidak baik untuk semua (rakyat)...bukan saja di Papar dan Penampang, malah untuk kawasan sekitarnya.

“Ini bukannya empangan Kaiduan (Penampang) tetapi ia empangan baru di Papar yang diuruskan Majlis Daerah Papar,” katanya selepas merasmikan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking dan Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri Jenifer Lasimbang.

Beliau mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang menggambar­kan pembinaan empangan di Papar dikenali Empangan Papar adalah ‘satu lagi’ empangan Kaiduan yang sebelum ini mendapat bantahan dalam kalangan penduduk setempat.

Cadangan pembinaan empangan Kaiduan adalah bagi menampung bekalan air di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Penampang dan Sepanggar namun mendapat tentangan penduduk dan aktivis alam sekitar yang bimbang ia mengganggu ekosistem di kawasan sekitar.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Shafie merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR.

“Kita berharap dengan kemenangan ini kesatuan PKR terus dimantapka­n untuk membuat lebih banyak perubahan seperti yang dilaungkan kepada rakyat sebelum ini,” katanya.

„ Sabah perlu empangan baru tampung keperluan bekalan air di Papar

 ??  ?? MOHD Shafie (tiga dari kanan) melepaskan konvoi kenderaan ketika majlis pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri di Wisma Majlis Daerah Penampang.
MOHD Shafie (tiga dari kanan) melepaskan konvoi kenderaan ketika majlis pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri di Wisma Majlis Daerah Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia