Harian Metro

Tahan 6 dalang palsu MyKad

-

Tawau: Sindiket pemalsuan dokumen termasuk kad pengenalan (MyKad) berjaya ditumpaska­n selepas polis menahan lima lelaki dan seorang remaja perempuan di beberapa lokasi di daerah ini antara 24 hingga 26 Julai lalu.

Semua warga tempatan berusia 15 hingga 58 tahun itu ditahan susulan laporan daripada mangsa yang diperdaya kumpulan terbabit, pada awal Jun lalu.

Difahamkan, mangsa yang juga warga Indonesia berjumpa seorang daripada mereka itu dan mendakwa boleh membantuny­a dalam urusan mendapatka­n kad pengenalan merah walaupun tanpa dokumen lengkap.

Terpedaya dengan tawaran itu, mangsa menyerahka­n wang RM150 sebagai bayaran untuk urusan berkenaan tetapi hingga kini kad pengenalan yang dijanjikan belum diperoleh.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, susulan laporan itu menyebabka­n satu serbuan dilakukan di Kampung Seri Menanti di Jalan Mawar dan Kampung Seri Reje di Jalan Tunku Osman pada 24 Julai lalu.

Menurutnya, dalam serbuan jam 8.40 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau diketuai Inspektor Ziqri Rayner menahan dua lelaki dan remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan dan pemalsuan dokumen.

“Susulan tangkapan itu, tiga lagi ahli sindiket ditahan di lobi hotel di Jalan Bunga di sini, pada jam 7 malam, 26 Julai lalu.

“Polis turut merampas beberapa fail mengandung­i salinan pasport dan sijil lahir serta borang permohonan mendapatka­n kad pengenalan merah serta dokumen kelulusan khas pendaftara­n maklumat penduduk di Sabah.

“Selain itu, dua buku rekod pendaftara­n pembayaran bersama dua telefon bimbit serta kad sim, tab, resit pembayaran dan dompet mengandung­i wang RM4,907 turut dirampas, manakala kenderaan Isuzu D turut disita,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Fadil berkata, kumpulan itu dipercayai aktif menjalanka­n kegiatan memalsukan dokumen sejak April lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia