Harian Metro

PERANG PERAH SUSU

„ Persaingan negatif undang persepsi buruk masyarakat

- Intan Mas Ayu Shahimi cnews@nstp.com.my

> Pelik… Tapi itulah hakikat ada antara kaum hawa yang menayangka­n stok susu perahan di media sosial seolah-olah berlumba untuk menunjuk-nunjuk. Jika berniat baik untuk dikongsi bersama bayi bukan dari darah daging sendiri, maka hukum-hakam Islam perlu difahami kerana kemungkina­n anak susuan itu menjadi mahram.

Wartawan Intan Mas Ayu Shahimi ada ceritanya.

Berlumba tayang stok dalam peti sejuk melalui media sosial

Asas penyusuan untuk beri yang terbaik untuk bayi Mas Anom

Ada ibu tertekan tidak dapat bekalkan susu secukupnya Yusmawaty

Bangga menayang gambar stok susu perahan (EBM) di akaun peribadi media sosial. Itu antara sikap keterlalua­n yang menjadi trend segelintir ibu muda hari ini.

Lebih parah, penyakit riyak itu dilihat mencipta persaingan negatif dalam kalangan ibu yang mudah berasa tercabar dan mula memenuhkan peti sejuk dengan stok EBM tanpa sebab munasabah.

Mungkin dari luaran, kelompok ini dilihat nekad mengejar manfaat susu ibu untuk masa depan bayi mereka. Di rumah mengepam, waktu rehat di pejabat juga mengumpul EBM. Penat menguruska­n anak bagaikan tidak kelihatan.

Mereka nampak begitu bertenaga berkongsi kekalutan sebagai ibu berkerjaya di laman media sosial. Dalam masa sama, mereka mudah terjerat untuk mencuba segala produk makanan tambahan yang kononnya didakwa membantu meningkatk­an jumlah pengeluara­n susu.

Berbeza dengan beberapa tahun kebelakang­an, perkongsia­n gambar botol atau kampit berisi EBM juga sudah jarang menimbulka­n perdebatan. Mungkin isu tabu sudah penat hendak dibahaskan.

Teguran baik lazimnya dipandang sepi. Tetapi jika disindir, orang lain pula dilabel meruntuhka­n semangat serta kerja keras ibu yang menyusukan. Di akhirnya nanti, alasan untuk berkongsi dan memberi motivasi kepada ibu lain pula dijadikan perisai membela kesilapan diri.

Pembantu Pengurus Unit, Wad Bersalin Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Mas Anom Misdi berkata, asas penyusuan untuk memberikan yang terbaik untuk bayi. Namun, ada segelintir wanita tidak sedar mereka menjalani rutin berlebihan sehingga menjatuhka­n semangat ibu lain.

“Ibu mana yang mahu mengabaika­n keperluan terbaik bayi mereka? Ketika segelintir ibu teruja berkongsi gambar peti sejuk dipenuhi stok EBM, pasti ada hati berduka, fikiran tertekan, jiwa membanding­kan kemampuan diri hingga gagal memberikan yang terbaik untuk si manja tersayang.

“Isu itu mungkin nampak enteng, tetapi perlu diberi perhatian serius. Kami bukan bercakap mengenai penyusuan susu ibu semata-mata, tetapi penyakit masyarakat kini yang sentiasa hendak bersaing tanpa memikirkan sebab dan akibat daripada tindakan mereka,” katanya.

Menyokong pendapat Mas Anom, Jururawat Laktasi, Yusmawaty Che Mohd Yusoff berkata, biarpun penyusuan susu ibu pilihan terbaik untuk bayi, namun ia tidak seharusnya dilakukan secara berlebihan sehingga mengundang persepsi buruk masyarakat.

“Ada banyak kes membabitka­n ibu muda yang datang kepada kami dan mengadu mereka tertekan kerana tidak dapat membekalka­n susu secukupnya kepada bayi. Apabila diselidik, rupa-rupanya mereka kecewa susu dihasilkan terlalu sedikit berbanding rakan Facebook lain.

“Katanya, apabila membelek majalah dan melihat gambar dimuat naik rakan di Facebook, ramai yang menunjuk mereka ada satu peti stok EBM. Tanpa sedar, rasa sedih dan kecewa yang akhirnya menjejaska­n pengeluara­n susu ibu terbabit.

“Ibu yang rasional tidak sepatutnya menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Biarpun alasannya untuk berkongsi atau memberi motivasi, hakikatnya tindakan mereka hanya mencalarka­n perasaan ibu yang tidak dikurniaka­n kelebihan sama.

“Buat apa menyimpan susu sampai penuh peti sejuk? Itu sebenarnya melangkaui keperluan bayi. Dalam penyusuan, kita tidak mahu ibu menyediaka­n bekalan berlebihan. Asalkan susu itu cukup untuk anak, sudah memadai,” katanya.

Menurut Yusmawaty, kebanyakan ibu pasti tertekan andai dibanding-bandingkan atau diletak dalam situasi yang boleh mendorong kepada banyak persoalan sukar.

“Jika ibu memerah susu secara berlebihan, memang hasilnya banyak. Tapi ingat, susu terbaik adalah yang segar dari ibu. Kalau kita bekerja, takut tidak sempat pulang pada waktu sepatutnya, kenalah ada stok lebih.

“Namun jika hanya fikir nak buat stok, nak lawan dengan kenalan di Facebook, itu bukan persaingan sihat. Cuba fikir semula, ibu hendak penuhkan peti sejuk atau keperluan bayi?

“Jadi, ibu yang tidak dapat memenuhkan peti sejuk jangan sedih, sebab penyusuan terbaik dengan memenuhi keperluan bayi dalam satu-satu masa. Tambahan, payudara wanita sepatutnya bekerja mengikut permintaan saja. Fahamkan kitaran ini dan jangan letak diri dalam ruang perbanding­an,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEGELINTIR ibu terikut-ikut trend tayang stok susu perahan untuk bayi.
SEGELINTIR ibu terikut-ikut trend tayang stok susu perahan untuk bayi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia