Harian Metro

KELAPARAN DITINGGAL IBU

„ Wanita tinggalkan bayi berusia tujuh hari dalam bilik sewa

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@nstp.com.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan ibu yang tergamak meninggalk­an bayi lelakinya seorang diri di sebuah bilik sewa di Taman Tampoi Indah di sini, pada 8 Julai lalu.

Pelindung Kanak-Kanak JKM Johor Bahru, Zaid Ikhwan Lim berkata, bayi itu dipercayai kebuluran sebelum diselamatk­an pekerja bahagian pembersiha­n yang juga kenalan wanita terbabit.

Menurutnya, berdasarka­n maklumat, pada 5 Julai lalu ibu bayi terbabit berusia 20-an bertemu pekerja bahagian pembersiha­n itu dan bertanyaka­n mengenai bilik sewa bagi keluargany­a.

Katanya, wanita itu bersetuju menyewa sebuah bilik sewa di Taman Tampoi Indah pada hari sama dengan sewa bulanan RM250 dan menyatakan akan membuat pembayaran apabila suaminya pulang dari Kuala Lumpur.

Bagaimanap­un katanya, jam 7.30 malam pada 8 Julai lalu, ketika lelaki itu meninjau bilik sewa berkenaan, dia mendapati bayi terbabit seorang diri dalam keadaan kelaparan.

“Dia memberi penjagaan sementara dengan harapan ibu kandungnya pulang.

“Bagaimanap­un, wanita itu gagal menuntut bayinya dan disebabkan kesihatan bayi semakin merosot, lelaki itu membawanya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 12 Julai,” katanya di sini, semalam.

Zaid Ikhwan berkata, bayi terbabit dirawat di HSI selama lima hari sebelum Jabatan Kerja Sosial HSI merujuknya kepada JKM pada 16 Julai lalu.

“Hasil siasatan, bayi itu ditinggalk­an ibu kandungnya di bilik sewa di Jalan Mawar 3, Taman Tampoi Indah.

“Tiada sebarang maklumat berkaitan ibu bayi diperoleh dan dipercayai bayi itu tidak dilahirkan di hospital awam sekitar Johor Bahru.

“Pegawai perubatan bertugas membuat laporan polis dan merujuk kepada pelindung kanak-kanak JKM bagi penempatan sementara,” katanya. Katanya, bayi itu dinamakan sebagai Eimir dan kini dianggarka­n berusia 36 hari serta ditempatka­n di pusat perlindung­an kanak-kanak.

Beliau berkata, bayi itu masih mendapat rawatan susulan di HSI berikutan masalah gastrik.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001. Berikutan tiada sebarang tuntutan, bayi itu ditempatka­n di institusi perlindung­an JKM mengikut Seksyen 18 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang ramai yang memiliki maklumat boleh menghubung­i JKM di talian 07-2232606,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BAYI lelaki yang ditinggalk­an ibunya di bilik sewa di Taman Tampoi Indah, 8 Julai lalu.
BAYI lelaki yang ditinggalk­an ibunya di bilik sewa di Taman Tampoi Indah, 8 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia