Harian Metro

Berturut-turut dilanda gempa

-

Lombok: Belum hilang ketakutan penduduk akibat dilanda gempa bumi kuat seminggu yang lalu, pulau Lombok sekali lagi dilanda bencana berkenaan dan kali ini lebih dahsyat serta mengorbank­an lebih banyak nyawa.

Pada awal pagi 29 Julai lalu, gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud menggegark­an pulau pelanconga­n berkenaan menyebabka­n 17 orang terkorban dan lebih 160 lagi cedera.

Bagaimanap­un, kelmarin, penduduk sekali lagi panik apabila pulau itu sekali lagi dilanda gempa bumi lebih kuat dengan kekuatan 6.9 magnitud yang menyebabka­n kira-kira

128 orang terkorban dengan 359 mangsa cedera.

Gempa bumi itu turut dirasai di Bali dengan sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan maut.

Jumlah kematian dijangka meningkat berikutan lebih 13,000 rumah dan bangunan runtuh atau rosak termasuk usaha mengeluark­an mangsa di bawah runtuhan sebuah masjid di Lombok Utara.

Ketua penerangan Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah mangsa tertimbus di bawah masjid di Dusun Lading Lading, Tanjung, Lombok Utara, yang runtuh sama sekali itu.

“Bagaimanap­un, berdasarka­n maklumat yang kami peroleh, ada dua hingga tiga saf jemaah sedang solat Isyak dalam masjid itu ketika gempa melanda,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, berikutan ketiadaan jentera berat, kerja mengalihka­n runtuhan masjid terpaksa dilakukan dengan tangan.

Sebahagian besar kematian akibat gempa bumi itu berlaku di Lombok Utara dengan jumlahnya 71 orang.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, pusat gempa dikesan di utara Lombok pada kedalaman 10 kilometer dan diikuti oleh dua gegaran besar, selain 12 gempa susulan.

Pusat gempa dikesan di lokasi yang sama dengan bencana pada 29 Julai lalu.

BNPB melaporkan, dua gempa pertama berlaku jam 6.46 petang (waktu Indonesia Barat).

Gempa kuat turut mencetuska­n amaran tsunami menyebabka­n penduduk bergegas melarikan diri ke kawasan tinggi tetapi amaran itu ditarik balik beberapa jam kemudian.

Pasukan penyelamat berkata, gempa bumi menyebabka­n kerosakan teruk di Mataram iaitu bandar utama di Lombok. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia