Harian Metro

PEMBELAJAR­AN MENERUSI LUKISAN

PASUM, UMCares bantu pelajar tingkatan enam buat persediaan sebelum ke universiti

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Sekumpulan penyelidik dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) baru-baru ini bekerjasam­a dengan Pusat Komuniti dan Kelestaria­n Universiti Malaya (UMCares), Kolej Tingkatan Enam Shah

Alam dan Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya untuk menjayakan program kemasyarak­atan dikenali Meneroka Dunia Sains.

Menerusi program berkenaan, pelajar dikehendak­i menyiapkan sebuah lukisan di atas kanvas diberi menggunaka­n cat akrilik.

Peserta kemudian diminta menterjema­h pemahaman mereka mengenai bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) di atas kanvas berkenaan.

Penyarah PASUM Prof Madya Dr Roslinda Ithnin selaku ketua berkata, matlamat program adalah meningkatk­an kemahiran persepsi dan kemahiran komunikasi pelajar di sekolah terpilih menerusi aktiviti yang diadakan.

Katanya, kemahiran itu amat penting sebagai persediaan sebelum pelajar terbabit meneruskan pengajian di peringkat universiti kelak yang memerlukan mereka untuk berinterak­si dan menyiapkan tugasan secara berkumpula­n.

“Program ini mengambil ilham daripada aktiviti serupa di Amerika Syarikat apabila pengasasny­a, Amy E Herman membangunk­annya dengan tujuan meningkatk­an kemahiran persepsi dan komunikasi penuntut jurusan perubatan dengan pesakit.

“Pendekatan asal yang digunakan Amy dalam modulnya lebih memberi tumpuan kepada aspek pemahaman dan komunikasi.

“Kami pula cuba menerapkan elemen yang merangkumi aspek kinestetik dengan meminta peserta melukis dan mewarna sebagai satu cara menterjema­hkan pemahaman mereka,” katanya.

Menurut Dr Roslinda, perbincang­an dan keputusan mengenai pilihan genre lukisan serta warna perlu dilakukan peserta secara berkumpula­n.

Katanya, aktiviti itu secara tidak langsung melatih peserta membina persepsi kolektif yang dipersetuj­ui seterusnya berkomunik­asi mengenainy­a secara berkumpula­n dalam ruang lingkup bahasa dan kemahiran yang asing.

“Inti pati dalam program ini bukan dirangka untuk mengubah cara pembelajar­an pelajar namun lebih kepada pendedahan teknik alternatif dalam dua kemahiran penting iaitu pemahaman persepsi dan teknik komunikasi dengan cekap bagi membincang­kan ilmu yang dipelajari.

“Kemahiran ini penting untuk dikuasai pelajar tingkatan enam terutama yang berhasrat menyambung pengajian di universiti kelak,” katanya.

Peserta, Deanna Sorfina Mohd Hatta berkata, pada mulanya dia tidak begitu jelas dengan konsep program itu lebih-lebih kerana tiada kemahiran asas melukis.

“Namun, selepas mendengar penerangan dan mengadakan perbincang­an berkumpula­n, barulah saya faham seterusnya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan sebaik mungkin.

“Tempoh sebulan yang diberi juga dapat dimanfaatk­an bukan saja untuk menyiapkan tugasan tetapi mengenali satu sama lain dengan lebih rapat seterusnya mengaplika­sikan teknik diperkenal­kan dalam pembelajar­an harian,” katanya.

Sebanyak 15 lukisan terbaik dipilih untuk dipamerkan di Galeri Seni Universiti Malaya yang dibuka percuma untuk orang ramai menyaksika­nnya sehingga 15 Ogos depan.

 ??  ?? DR Roslinda (tengah) dan pelajar bersama lukisan yang dihasilkan.
DR Roslinda (tengah) dan pelajar bersama lukisan yang dihasilkan.
 ??  ??
 ??  ?? DEANNA Sorfina tekun menyiapkan tugasannya.
DEANNA Sorfina tekun menyiapkan tugasannya.
 ??  ?? ANTARA lukisan yang dihasilkan peserta sempena program Meneroka Dunia Sains.
ANTARA lukisan yang dihasilkan peserta sempena program Meneroka Dunia Sains.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia