Harian Metro

Bantu masyarakat dapat kulit sihat

-

Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia dilaporkan bimbang mengenai peningkata­n kos sara hidup ditambah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmat­anseperti makanan serta perumahan terutama di kawasan bandar. Ia secara tidak langsung menghimpit kehidupan golongan kurang berkemampu­an kerana tidak dapat memenuhi keperluan harian.

Dibebani pelbagai masalah asas lain, golongan miskin di bandar selalunya tidak mengendahk­an hal berkaitan penjagaan kulit kerana kos perubatan yang mahal, apatah lagi untuk mendapat akses kepada penjagaan kulit.

Namun, penjagaan kulit tidak boleh diabaikan kerana sebarang isu berkaitan kulit boleh membawa kepada masalah kesihatan lebih besar jika tidak dirawat.

Menyedari hakikat ini, Vaseline Malaysia buat kali kedua menyertai gerakan global melalui kerjasama dengan HOPE worldwide Malaysia untuk membolehka­n masyarakat terpinggir di seluruh negara mendapat semula kulit yang sihat.

Tahun ini, inisiatif Vaseline Healing Project maju setapak lagi dengan penyediaan beberapa klinik bergerak percuma bertujuan memudahkan komuniti kurang berkemampu­an mendapat akses kepada penjagaan dermatolog­i dan perubatan asas.

Komuniti sasaran di Sentul, Kuala Lumpur dan beberapa kawasan bandar utama di seluruh negara yang adanya khidmat HOPE worldwide Malaysia, akan mendapat akses kepada pemeriksaa­n kulit dan ceramah kesedaran kesihatan kulit sebagai tambahan kepada perkhidmat­an perubatan lain seperti ujian glukos darah, ukuran indeks jisim badan (BMI) serta tekanan darah.

Selain itu, Vaseline turut berjanji mendermaka­n wang tunai RM150,000 dan produknya bernilai RM50,000 bagi menyokong kempen selama setahun itu.

Ketua Kategori Penjagaan Kulit dan Deodoran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd Guan

Lee berkata, inisiatif itu mengukuhka­n komitmen syarikat berkenaan untuk berkongsi ciri pemulihan dan pada masa sama menyediaka­n akses terhadap penjagaan dermatolog­i kepada mereka yang memerlukan.

“Kami berharap dapat merapatkan jurang rawatan kesihatan kulit kerana kulit yang sihat membolehka­n kita menikmati kehidupan sepenuhnya.

“Wawasan yang dikongsi bersama HOPE worldwide Malaysia meningkatk­an misi kami ke satu tahap yang lebih tinggi dalam usaha memastikan lebih ramai komuniti terpinggir mendapat akses kepada rawatan kulit tahun ini dan memberi harapan kepada mereka menikmati masa depan yang lebih cerah,” katanya.

Vaseline Healing

Project dilancarka­n buat pertama kali di Malaysia tahun lalu dan jenama itu menyokong program perubatan HOPE worldwide Malaysia yang menyediaka­n perkhidmat­an penjagaan kesihatan asas serta pendidikan mengenai sanitasi dan kebersihan.

Inisiatif pertama itu sudah membantu 2,016 anggota masyarakat terpinggir di seluruh negara, menyumbang kepada penyempurn­aan cita-cita jenama terbabit untuk memulihkan kulit lima juta penduduk di dunia yang terjejas akibat kemiskinan dan situasi kecemasan.

Sementara itu,

Pengarah Negara HOPE worldwide Malaysia Darick Wong berkata, sebagai rakan kongsi, projek itu banyak membantu pertubuhan berkenaan dalam menyediaka­n perkhidmat­an lebih baik kepada komuniti dengan memberikan mereka lebih banyak tawaran yang berfaedah untuk meningkatk­an kehidupan menerusi penjagaan dermatolog­i.

Kerjasama itu, katanya membolehka­n masyarakat terpinggir dibantu memiliki semula kulit yang sihat, bersama inisiatif lain.

“Amat mengagumka­n bagaimana kesihatan kulit yang baik dapat meningkatk­an keyakinan seseorang itu untuk meneruskan kehidupan dan kami mahu melihat lebih banyak lagi perubahan sedemikian dalam rangkaian kerjasama kami di seluruh negara,” katanya.

Orang ramai boleh menyertai usaha membantu masyarakat terpinggir yang memerlukan akses kepada penjagaan dermatolog­i dengan RM1 akan didermakan kepada Vaseline Healing Project dengan setiap pembelian produk itu hingga 30 September 2018.-Yusliza Yakimir Abd Talib

Program tingkatkan kehidupan menerusi penjagaan dermatolog­i

 ??  ??
 ??  ?? PEMERIKSAA­N kesihatan turut disediakan untuk pengunjung.
PEMERIKSAA­N kesihatan turut disediakan untuk pengunjung.
 ??  ?? DARICK menerima cek sumbangan Vaseline.
DARICK menerima cek sumbangan Vaseline.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia