Harian Metro

‘Macam tak percaya’

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@nstp.com.my

Resipi warisan arwah ibu ternyata memberi kelebihan buat Siti Nor Yuwana Zulkifli, 35, apabila tiga juri yang mengadili pertanding­an peringkat akhir Cabaran Raja Kuah Knorr memilih beliau sebagai juara.

Mengakui tertekan sepanjang pertanding­an itu sehingga menjejaska­n tumpuannya ketika memasak, menyebabka­n Siti Yuwana tidak meletakkan harapan tinggi namun percaya kepada rezeki ketentuan Allah

SWT.

Malah, dia turut tidak menyangka apabila cubaan kali pertamaya menyediaka­n masakan daging salai berjaya menambat hati juri, sekali gus dinobatkan juara dalam pertanding­an itu yang diadakan di pasar raya NSK Trade City, Seremban 2, baru-baru ini.

Program anjuran Unilever Food Solutions (UFS) itu menyaksika­n 10 peserta dari seluruh negara tampil mempamerka­n kehebatan masing-masing dalam bidang masakan.

Tiga resipi diperkenal­kan Siti Nor Yuwana ialah masak lemak warisan bonda, daging salai berapi dan ayam masak kicap cara saya.

Siti yang berasal dari Besut, Terengganu mengakui rezeki berpihak kepadanya apabila dipilih sebagai juara sedangkan pada awal penyertaan­nya sekadar suka-suka.

Menurutnya, dia tidak pernah menyediaka­n masakan daging salai yang popular dari Negeri Sembilan itu, lalu mencabar dirinya sendiri dan ternyata membuahkan hasil apabila ia digemari juri.

“Saya seperti tidak percaya dan sepanjang menyediaka­n tiga masakan itu, saya agak ketinggala­n berbanding peserta lain.

“Sepanjang pertanding­an yang berlangsun­g selama 90 minit itu, saya agak gementar sehinggaka­n kaki tiba-tiba kejang. Mujur saya sudah biasa dengan dua hidangan disediakan lantas cuba menguruska­n masa supaya tekanan tidak menjejaska­n tumpuan dan rasa masakan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Siti berkata, menu masak lemak dan ayam masak kicap yang dipersemba­hkan dihasilkan daripada resipi arwah ibunya, tetapi diolah sedikit mengikut cita rasa sendiri dan ditambah pula penggunaan bahan keluaran Knorr termasuk Knorr Chicken Stock dan Knorr Pasti Sedap menjadikan­nya bertambah memikat selera.

Siti membawa pulang pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000, wang tunai RM15,000 dan hamper. Tempat kedua dimenangi Fazerina Ibrahim, 34, yang menyediaka­n ketam berkari menjilat jari, simpul kasih daging salai masak lemak cili padi dan daging masak hitam manakala tempat ketiga,

Ali Zainuddin Adnan, 39, dengan menu kari ketam telur masin Knorr, gulai lemak ayam cendawan kukur Knorr dan daging pinang kicap pekat Knorr.

Juri yang mengadili pertanding­an itu adalah

Cef Mohd Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Cef

Jo, Cef Profesiona­l UFS Mohd Hdzrin Mohd Din dan pengarang majalah masalah Rosmarlind­a Kamarudin.

Dalam pada itu, Pengurus Pemasan Angeline Ilo berkata, sejak diperkenal­kan dua tahun lalu, acara anjuran UFS ini berfokuska­n kepada masakan Melayu berkuah terutama hidangan kari, kicap dan masak lemak. Selepas tiga kali penganjura­n yang mendapat penyertaan memberangs­angkan, UFS berhasrat meneruskan cabaran sama pada tahun depan dengan melakukan beberapa penambahba­ikan dari segi syarat penyertaan dan hadiah ditawarkan.

 ?? FOTO ?? SITI Nor Yuwana ketika menyiapkan masakannya. Sepanjang pertanding­an yang berlangsun­g selama 90 minit itu, saya agak gementar sehinggaka­n kaki tiba-tiba kejang.
FOTO SITI Nor Yuwana ketika menyiapkan masakannya. Sepanjang pertanding­an yang berlangsun­g selama 90 minit itu, saya agak gementar sehinggaka­n kaki tiba-tiba kejang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia