Harian Metro

AQ4U untuk 5,000 keluarga miskin di Chad

-

Chad, iaitu salah satu negara Afrika dipilih dalam program Aqiqah Qurban For Ummah (AQ4U) dengan menyasarka­n kira-kira 1,000 lembu bagi melaksanak­an ibadat korban di negara itu.

Program anjuran Savanah Marketing Sdn Bhd itu memilih Chad sebagai destinasi program korban memandangk­an ia negara keempat termiskin di dunia dengan jumlah penduduk seramai 15 juta dengan 80 peratus beragama Islam.

Pengarah Urusannya, Muhammad Hirman Mukhtar berkata, jumlah itu akan dapat membantu lebih 5,000 keluarga di sana menerusi pengagihan daging lembu kepada golongan miskin dan mangsa pelarian di negara itu.

Katanya, harga haiwan ternakan seperti lembu dan kambing di sana murah selain bekalan yang banyak dan mencukupi dengan berat bersih seekor lembu purata 80 kilogram (kg).

“Matlamat AQ4U adalah bagi melahirkan perasaan ukhuwah dan kemanusiaa­n merentasi negara, bangsa dan warna kulit.

“Pada masa sama, kami ingin memudahkan umat lslam di Malaysia melaksanak­an ibadat korban dengan harga berpatutan iaitu hanya RM300 untuk satu bahagian lembu dan RM450 untuk akikah,” katanya.

Muhammad Hirman menambah, semua peserta AQ4U yang terbabit akan diberi gambar, video program dan sijil di Chad dalam tempoh 30 hari selepas Aidiladha hujung bulan ini.

Jelasnya, hukum ibadat korban mengikut mazhab Syafie adalah sunat muakkad dan makruh tidak dilaksanak­an jika mampu.

“Ibadat korban harus dipindahka­n ke negara yang terdapat ramai orang yang lebih memerlukan. Maka boleh disimpulka­n, adalah harus dan sah hukumnya melaksanak­annya secara wakil ke luar negara, tetapi terbaik dan tiada khilaf di tempat sendiri,” katanya.

Sementara itu, Savanah Marketing ditubuhkan sejak 2006 dan berpengala­man melaksanak­an ibadat korban di luar negara sejak 2016 dan dengan kerjasama badan kebajikan Islam.

Bermula awal tahun ini, syarikat itu turut mengadakan ibadat akikah di Chad setiap bulan menerusi kerjasama Yayasan Al-Huda dan Yayasan Al-Birr yang juga Majlis Agama Islam di Chad.

 ??  ?? CARYN (tengah) bersama rakan selebriti Watsons pada parti durian.
CARYN (tengah) bersama rakan selebriti Watsons pada parti durian.
 ??  ?? MUHAMMAD Hirman (kiri) bersama Pengurus Savanah Marketing Sdn Bhd Abdul Halim Othman (dua dari kiri) melihat kain rentang program.
MUHAMMAD Hirman (kiri) bersama Pengurus Savanah Marketing Sdn Bhd Abdul Halim Othman (dua dari kiri) melihat kain rentang program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia