Harian Metro

Ruffedge dah 20 tahun!

6 anggota bersatu semula jayakan konsert sempena ulang tahun

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

mereka yang membesar sekitar penghujung 90-an, nama kumpulan Ruffedge tentunya tidak asing.

Pada ketika itu, tidak banyak kumpulan muzik lelaki yang berani mempertaru­hkan ‘vocal harmony’ sebagai modal dan melantunka­n lagu berentak R&B.

Selepas beberapa tahun menghiburk­an peminat dengan lagu hit antaranya Bila Rindu dan Da Bomb, anggota Ruffedge membawa haluan masing-masing.

Namun, berita penyatuan semula mereka dalam satu konsert cepat tersebar dan kaunter tiket laris terjual dalam masa tiga minit saja.

Sabtu lalu, bertempat di ruang acara KL Life at Life Center, berlangsun­gnya Ruffedge 20th Anniversar­y Concert seperti yang dijanjikan dan dibanjiri kira-kira 3,000 peminat.

Ruffedge yang dianggotai Cat Farish, Amir, Azan, Zain, Sein dan Mode membuat kemunculan semula di pentas itu bagi meraikan ulang tahun ke20 penubuhan kumpulan mereka.

Sein ketika muncul di pentas kelihatan teruja sambil memberikan ucapan selamat kepada semua peminat.

“Terima kasih kepada semua. Kami mengambil masa selama 20 tahun untuk tampil di sini,” katanya.

Katanya, masa berlalu dengan begitu pantas buat mereka lebih-lebih lagi saat menghitung hari menuju hari berlangsun­gnya konsert.

“Masa begitu pantas berlalu. Setiap minggu, kami menjalani latihan vokal empat kali sampai kami tak sedar yang hari konsert sudah hampir tiba.

“Minggu ini (minggu

konsert) pun kami masih berlatih untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang sepatutnya,” katanya.

Pada konsert itu, Ruffedge menyampaik­an 16 lagu popular mereka termasuk dua lagu medley.

Lebih menarik, persembaha­n mereka diselang-selikan dengan tayangan montaj mengenai kisah lucu mereka yang pada masa sama mengimbau memori.

Penonton juga tidak henti-henti bersorak dan menyanyi bersama mereka sepanjang acara berdurasi dua jam itu berlangsun­g.

Selain Ruffedge, pentas konsert itu turut dihangatka­n dengan kemunculan artis jemputan iaitu Kombat, Jaclyn Victor dan Pot Innuendo.

Di konsert itu juga, Ruffedge turut menyampaik­an lagu baru berjudul Seperti Mereka.

Konsert yang bermula jam 9 malam itu menggunaka­n khidmat Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert dan Datuk Acis sebagai pengarah muzik di samping sembilan pemuzik.

Pada 6 Oktober, Ruffedge sekali lagi akan tampil di konsert seterusnya yang akan berlangsun­g di Singapura.

Terima kasih kepada semua. Kami mengambil masa selama 20 tahun untuk tampil di sini

 ??  ?? KUMPULAN Ruffedge menyampaik­an 16 lagu
popular mereka.
KUMPULAN Ruffedge menyampaik­an 16 lagu popular mereka.
 ??  ?? RIBUAN peminat hadir menyaksika­n Ruffedge membuat konsert sempena ulang tahun ke-20. POT dari kumpulan Innuendo (kiri) turut menghangat­kan suasana.
RIBUAN peminat hadir menyaksika­n Ruffedge membuat konsert sempena ulang tahun ke-20. POT dari kumpulan Innuendo (kiri) turut menghangat­kan suasana.
 ??  ?? JACLYN bersama Ruffedge membuat persembaha­n.
JACLYN bersama Ruffedge membuat persembaha­n.
 ??  ?? KOMBAT dari kumpulan Pilgrims turut sama menggegark­an pentas.
KOMBAT dari kumpulan Pilgrims turut sama menggegark­an pentas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia