Harian Metro

Dituduh lepas tanggungja­wab

Anjing peliharaan Kendall gigit kanak-kanak perempuan

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Selebriti terkenal Kendall Jenner berhadapan tuduhan melarikan diri selepas anjing peliharaan­nya menggigit seorang kanak-kanak.

Sewaktu kejadian, Kendall, 22, dilaporkan sedang menikmati makanan tengah hari bersama kekasihnya, Ben Simmons di Beverly, Glen Deli, Los Angeles.

Tanpa disangka, anjingnya baka Foberman menggigit seorang kanakkanak perempuan.

Meskipun tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan, kakitangan premis terbabit tetap memberi pertolonga­n dengan meletakkan ais di bahagian badan kanakkanak yang digigit itu.

Bagaimanap­un, tindakan Kendall melarikan diri dan hanya meletakkan wang di meja makan ternyata mengejutka­n mereka yang berada di premis itu.

Menurut laporan, ibu kepada kanak-kanak berkenaan kemudian memutuskan menghubung­i talian 911 bagi menyerahka­n kes berkenaan kepada bahagian Kawalan Haiwan.

Setakat ini, belum ada sebarang tindak balas atau kenyataan pihak Kendall berhubung kejadian itu.

Kendall dilaporkan memelihara anjing berkenaan sejak Mei lalu dan pernah berkongsin­ya di Instagram. Dalam kapsyen gambar yang pernah dimuat naik, dia memberi bayangan anjing itu berbahaya.

“Comel namun dia boleh mengoyak wajah kamu,” tulisnya.

Dalam sebuah video lain yang dikongsiny­a, anjing terbabit kedengaran menyalak dan Kendall memberikan kapsyen berunsur menakutkan.

“Dia akan kenakan kamu,” tulisnya.

Kendall dikatakan hangat bercinta dengan dengan Simmons dan tidak mahu hubungan mereka mendapat perhatian umum.

Menurut satu sumber, Kendall tidak mahu mengikut jejak adikberadi­knya yang terbuka bercerita mengenai kekasih mereka.

“Dia sangat mengutamak­an privasi mengenai hubunganny­a dengan Simmons. Dia sangat berbeza dengan adikberadi­knya dalam soal itu.

“Dia tidak mahu orang bercakap mengenai siapa kekasihnya dan sangat melindungi kehidupan peribadiny­a.

“Kendall sangat benci dengan segala perhatian terhadapny­a apatah lagi jika drama kehidupann­ya yang lalu diungkit kembali,” kata sumber berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia