Harian Metro

Ganti rugi RM735,596

„ Pampasan diterima ekoran kecuaian hospital kerajaan sebabkan kematian isteri

- Murni Wan Omar murni@nstp.com.my

Bekas Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Stanley Isaacs berjaya memperoleh ganti rugi sebanyak RM735,596.17 akibat kecuaian sebuah hospital kerajaan ketika merawat dan menyebabka­n kematian isterinya, empat tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Aliza Sulaiman membuat keputusan itu terhadap permohonan Stanley yang memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap kerajaan, sembilan doktor dan tiga jururawat hospital itu (semua defendan) semalam.

Beliau berpuas hati dengan bukti dan keterangan yang dikemukaka­n oleh semua pihak termasuk pihak defendan yang mengakui liabiliti terhadap kejadian.

Mahkamah memerintah­kan defendan membayar ganti rugi am sebanyak RM140,000, ganti rugi khas berjumlah RM95,596.17 dan ganti rugi teruk sebanyak

RM500,000.

Selain itu, mahkamah turut memerintah­kan semua defendan membayar kos sebanyak RM120,000.

Pada 25 April lalu, semua defendan mengakui terhadap liabiliti kecuaian sehingga menyebabka­n kematian Penolong Pengarah Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Suzanne Isaac pada 25 Disember 2014.

Stanley selaku plaintif dan pentadbir harta mendiang isterinya memfailkan permohonan itu pada 31 Mei 2016.

Berdasarka­n pernyataan tuntutan, Stanley mendakwa atas permintaan isterinya, Suzanne mahu dirujuk ke HKL bagi mendapatka­n rawatan selepas disahkan mengalami artritis septik pada pergelanga­n kaki kanannya oleh sebuah hospital swasta pada 20 Disember 2014.

Beliau mendakwa, ketika tiba di HKL, isterinya dalam keadaan sedar. Bagaimanap­un pada 21 Disember 2014, Suzanne dalam keadaan separuh sedar selepas mengalami muntah dan sakit kepala yang teruk pada malam itu.

Mangsa kemudian dipindahka­n ke unit rawatan rapi pada 8.50 malam hari yang sama, dimasukkan tiub dan diberikan bantuan pernafasan namun keadaannya menjadi bertambah teruk sehingga meninggal dunia pada jam 11.05 malam, 25 Disember 2014.

 ??  ?? STANLEY (kanan) bersama peguamnya ketika hadir ke Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
STANLEY (kanan) bersama peguamnya ketika hadir ke Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia