Harian Metro

Gabung KWSP, PERKESO

Keputusan kerjasama diserah sepenuhnya kepada kerajaan

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) menyerahka­n keputusan sepenuhnya kepada kerajaan mengenai cadangan untuk menggabung­kan agensi itu dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, usaha berkenaan adalah bergantung kepada kerajaan memandangk­an perkara itu membabitka­n dasar dan perundanga­n negara.

“Saya tidak boleh memberikan komen mengenai cadangan itu kerana ia hanya boleh ditentukan sepenuhnya oleh kerajaan.

“Sebarang keputusan dibuat memerlukan pembabitan dasar serta perundanga­n dan dalam hal itu, ia perlu diserahkan kepada pihak kerajaan.

“Jadi saya tidak boleh memberikan sebarang maklum balas mengenai hal itu,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan bersama Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) di sini, semalam.

Dalam temu bual bersama The Malaysian Reserve Julai lalu, Menteri Sumber Manusia M Kulasegara­n berkata, kerajaan mempertimb­ang untuk menggabung­kan KWSP dan PERKESO bagi mewujudkan entiti tunggal dalam memantau kebajikan pekerja di Malaysia.

Kulasegara­n berkata, kementeria­nnya menyediaka­n kertas cadangan kepada Kabinet sama ada dua institusi itu boleh dijadikan sebagai satu entiti dan beroperasi di bawah satu ‘payung’.

Ketika ini, KWSP dan PERKESO secara berasingan mengutip sumbangan caruman bulanan daripada pekerja dan meningkatk­an nilai wang berkenaan serta membayar kembali kepada pekerja sama ada dalam bentuk pengeluara­n, dividen atau manfaat lain.

Setakat tahun lalu, KWSP mengurus dana berjumlah RM800 bilion, manakala PERKESO mencatatka­n dana RM26 bilion.

Penggabung­an dua agensi itu dilihat mampu mewujudkan saiz dana lebih besar dan menjana pulangan lebih tinggi serta mampu memberikan penyelesai­an lengkap kepada pekerja.

PERKESO ditubuhkan di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 dan diamanahka­n untuk menguruska­n beberapa skim perlindung­an keselamata­n sosial seperti melindungi pekerja daripada perkara luar jangka dan kematian serta Sistem Insurans Pekerja (SIP) yang baru ditubuhkan.

Sementara itu, KWSP juga adalah institusi keselamata­n sosial yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediaka­n faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan secara cekap dan dipercayai.

Keputusan ditentukan sepenuhnya oleh

kerajaan

Dr Mohammed Azman

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia