Harian Metro

Lantik Timbalan Presiden Angkasa

-

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengumumka­n pelantikan Datuk Kamarudin Ismail sebagai Timbalan Presiden Angkasa menggantik­an Mutadho Bahri yang meletak jawatan secara sukarela pada 1 Julai lalu.

Jawatankua­sa Tadbir Kebangsaan Angkasa yang bermesyuar­at pada 1 Ogos lalu memilih Kamarudin yang sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden Angkasa.

Pada mesyuarat itu juga, Pengerusi Jawatankua­sa Perhubunga­n Angkasa Kelantan, Datuk Che Shukree Che Isa dipilih untuk mengisi kekosongan kerusi Naib Presiden Angkasa.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah dalam kenyataan berkata, kedua-dua tokoh dipilih mempunyai pengalaman dan pengetahua­n luas dalam bidang koperasi dan juga perjalanan pentadbira­n Angkasa.

“Kamarudin yang juga pemegang Ijazah Pendidikan (TESL) dari Universiti Edinburgh, Scotland dipilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah Ikatan Koperasi Antarabang­sa (ICA) global bagi sesi 2017-2021 pada Persidanga­n Global dan Mesyuarat Agung ICA berlansung di Kuala Lumpur November tahun lalu.

“Beliau yang menyertai Angkasa pada tahun 2012 sebagai Naib Pengerusi Angkasa turut memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Koperasi Antarabang­sa (ICA), Ahli Lembaga Pengarah MyANGKASA Holding Sdn Bhd, Ahli Lembaga Pengarah MyANGKASA Services Sdn Bhd dan MyANGKASA Bina Sdn Bhd serta beberapa jawatan pengurusan tertinggi ANGKASA,” katanya.

Sementara itu, Che Shukree pula adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan penerima Sijil Pengurusan Pentadbira­n dari Universiti Harvard.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia