Harian Metro

GP Austria jadi taruhan Hafizh, Adam

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Grand Prix (GP) Republik Czech yang berakhir kelmarin menyaksika­n Hafizh Syahrin (bawah) Abdullah meneruskan pendahulua­nnya dalam carta muka baru terbaik, manakala pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin melakukan kesilapan besar dalam kariernya. Hafizh yang mewakiti pasukan Monster Yamaha Tech3 dalam kelas MotoGP menamatkan perlumbaan dl tempat ke-14, namun pencabar terdekatny­a, Franco Morbidelli tetap memberi saingan. Pelumba Itali dari pasukan EG 0,0 Marc VDS itu menamatkan 21 pusingan perlumbaan di tempat ke-13, sekali gus menyaksika­n Hafizh hanya berada di puncak arta dengan perbezaan dua mata. Justeru, Hafizh rnengharap­kan GP Austria hujung minggu ini dapat mernbantun­ya untuk menjarakka­n din dengan Morbidelli. "Saya menguinpul dua lagi mata dan is masih tidak Out) dengan Morbidelli. Saya akan tuba melakukan perlumbaan yang baik minggu ini," katanya. Sementara itu, pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Adam mengakui melakukan kesilapan yang menyaksika­n dia gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh pada pusingan terakhir perlumbaan. Adam yang memulakan aksi r daripada petak ke-21 berjaya meletakkan dirinya dalam kelompok 15 terbaik yang menjanjika­n kutipan mata, namun gagal menamatkan 18 pusingan saingan di Sirkit Brno. "Saya melakukan kesilapan bodoh dan saya rasa is tidak cukup dengan hanya memohon maaf saja," katanya yang setakat ini mengumpul 24 rnata untuk berada di tangga ke-20 selepas 10 pusingan musim 2018. "Saya bermula dengan balk dan berjaya berada di kedudukan ke-14. Kemudian pada baki dua pusingan terakhlr, saya melakukan kesilapan paling besar, saya fikirkan is adalah pusingan terakhir, jadi saya menutup pendikit. Akhlrnya saya Mang posisi dan saya memohon maaf kepada semua. "Minggu ini kami mempunyal saw lagi perlumbaan dan saya mahu melakukan yang lebih lagi bagi membalas kesilapan yang dilakukan kepada pasukan. Saya tak mahu mengecewak­an mereka sekall lagi. Saya akan cuba memberi leblh tumpuan dan cuba sebaik mungkin minggu ini." Dalam kelas Moto2, wakIl negara yang bersama pasukan IDEMITSU Honda Team Asia, Khairul Idham Pawl menamatkan saingan di tempat ke-20.

 ??  ??
 ??  ?? ADAM
ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia