Harian Metro

Tergamam lihat jasad adik

Abang berpatah balik lihat kemalangan temui mayat adik, rakan

- Amrullah Abdul Karim cnews@nstp.com.my

Gerak hati seorang abang untuk berpatah semula melihat kemalangan yang berlaku membawa kepada penemuan mayat adiknya yang terbujur kaku akibat kemalangan.

Norman Abdullah, 19, tidak menyangka tubuh tidak bernyawa terbaring di atas jalan raya adalah adik kandungnya, Muhammad Zahin Abdullah, 16, yang terbabit kemalangan di Kilometer 430.7, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat susur masuk Plaza Tol Bukit Beruntung arah Selatan.

Norman berkata, ketika kejadian dia dan adiknya yang menunggang motosikal berasingan dalam perjalanan secara berkonvoi dari Bukit Beruntung ke Bandar Sungai Buaya untuk makan malam.

“Saya sudah berada jauh di depan sebelum menunggang melawan arus untuk lihat identiti individu yang terbabit kemalangan.

“Memang tidak sangka itu adik saya. Rakan lain memberitah­u mayat yang terbaring itu adalah Muhammad Zahin bersama seorang lagi rakan Alif Mustaqim, 16,” katanya sebak.

Bagaimanap­un, Norman tidak mampu berbuat apa-apa selain menghubung­i ibu dan bapanya yang berada di Ampang, Kuala Lumpur bagi memaklumka­n tragedi menimpa adik kedua daripada enam beradik itu.

Sementara itu, bapa penunggang motosikal terbabit, Azizuddin Afendi, 37, berkata, anak sulungnya, Alif Mustaqim, 16, akan mendaftar pengajian di sebuah kolej untuk meneruskan minatnya dalam bidang automotif selepas Aidiladha hujung bulan ini.

Namun, hasrat dan perancanga­n itu tidak kesampaian apabila anaknya maut dalam jalan berkenaan.

“Saya sudah merancang untuk mendaftark­an dia di kolej berdekatan dengan rumah kami di Taman Bunga Raya di sini selepas Aidiladha,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya selepas seorang rakan datang ke rumahnya di Taman Inai, jam 2.20 pagi, semalam.

Kedua-dua mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) oleh anggota polis untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat dua remaja yang maut dalam kemalangan di Kilometer 430.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) susur masuk Plaza Tol Bukit Beruntung arah Selatan.
ANGGOTA polis mengangkat mayat dua remaja yang maut dalam kemalangan di Kilometer 430.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) susur masuk Plaza Tol Bukit Beruntung arah Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia