Harian Metro

Jual kotak sara keluarga

-

Kota Bharu: Dua beradik lembam terpaksa mencari rezeki dengan mengumpul kotak dan plastik bagi menyara keluarga.

Ibu mereka, Ong Sew Kee, 59, terpaksa membenarka­n Ku Ceng Wei, 32, dan Ku Ceng Sien, 31, melakukan pekerjaan itu demi menyara keluarga termasuk nenek mereka, Saw Gian@Saw Geok Gian, 90, yang uzur.

Sew Kee berkata, setiap hari dua anaknya menaiki basikal di sekitar bandar Kota Bharu bagi mencari dan mengutip kotak sebelum pulang semula ke rumah mereka di Lorong Chicha, Berek 12, di sini.

“Kotak dan plastik serta besi yang dicari dijual dan purata hasil yang diperoleh RM10 hingga RM20 sehari,” katanya.

Katanya, mereka sekeluarga terpaksa berjimat cermat dan mencatu makanan demi perbelanja­an lain termasuk membayar sewa rumah RM300 sebulan.

Menurutnya, ibunya yang uzur juga perlukan perbelanja­an bagi membeli susu dan lampin pakai buang.

“Ibu memang mendapat bantuan bulanan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun ia tidak mencukupi, malah adakalanya susu terpaksa diberi secara catuan.

“Ada juga sesekali bayaran sewa rumah tertunggak, tapi kami berusaha membayar dalam masa yang ditetapkan kerana takut dihalau,” katanya.

Nasib Sew Kee empat beranak mendapat perhatian Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) yang datang menziarah dan sudi membantu keluarga berkenaan.

Presiden KKCK, Pui Tiong Lam berkata, sudah dua tahun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu membantu keluarga berkenaan dari segi sumbangan makanan seperti beras, gula, minyak dan beberapa makanan asas lain.

“Bantuan ini kami tambah lagi kepada sumbangan susu dan lampin pakai buang buat ibu Sew Kee kerana melihat keadaan mereka yang sangat memerlukan,” katanya.

 ??  ?? PUI (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada ibu Sew Kee (dua dari kanan), Saw Gian di rumahnya di Lorong Chicha, Berek 12.
PUI (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada ibu Sew Kee (dua dari kanan), Saw Gian di rumahnya di Lorong Chicha, Berek 12.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia