Harian Metro

Cabaran bandar kritikal air

-

Iskandar Malaysia, wilayah pembanguna­n ekonomi merangkumi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi di bahagian selatan Johor, ketika ini berdepan cabaran bandar berikutan perubahan iklim dan pertumbuha­n ekonomi.

“Satu daripada cabaran bandar kritikal kami sebenarnya adalah air,” kata Ketua Perancanga­n dan Pematuhan Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA), Maimunah Jaafar yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Bandar Pintar bagi ASEAN Smart Cities Network, ditemui selepas Sidang Kemuncak Bandar Raya Dunia yang diadakan, di sini.

“Kami meneliti bagaimana kami boleh menggunaka­n penyelesai­an pintar untuk menguruska­n sumber air bagi bekalan dan pengedaran untuk seluruh wilayah ini,” katanya.

Maimunah berkata, IRDA sebenarnya telah membangunk­an satu perkumpula­n pengurusan air bersepadu yang bertujuan ‘memaklumka­n kepada kami apakah perkara yang kami perlu lakukan untuk menguruska­n bekalan dan pengedaran air kami.’

Selain perkumpula­n itu, beliau berkata, IRDA terbuka untuk bekerjasam­a dengan mana-mana penyedia penyelesai­an, bukan saja daripada pasaran tempatan tetapi juga dalam negara ASEAN yang boleh menyediaka­n penyelesai­an bagi menangani cabaran.

“Kami mengalu-alukan rakan kongsi untuk datang. Iskandar Malaysia sentiasa menekankan dorongan swasta, jadi kami menyambut baik mana-mana penyedia penyelesai­an yang memiliki model perniagaan yang baik untuk membantu kami dalam perkara ini,” katanya.- BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia