Harian Metro

‘Kancil’ PKNP memukau

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Sesuai dengan nama timanganny­a, ‘Kancil’, penyerang PKNP FC, Hafiz Ramdan ternyata memiliki ciri-ciri bertepatan dengan gelaran itu.

Bagi jurulatih kelab berkenaan, Abu Bakar Fadzim, nama timangan itu boleh membawa pelbagai definisi apabila memperkata­kan mengenai diri Hafiz.

“Saya tidak pasti bagaimana nama timangan itu diperoleh Hafiz, namun ia memang bertepatan dengan tuan punya badan walau daripada sudut mana kita bercakap mengenai diri pemain berkenaan.

“Kalau kita memperkata­kan mengenai saiz tubuhnya yang kecil, nama itu memang sesuai untuk dirinya. Jika kita samakan pula dia dengan Sang Kancil yang terkenal dengan kecerdikan­nya, ternyata Hafiz memiliki ciri-ciri itu,” ujar Abu Bakar.

Jurulatih itu ternyata tidak dapat mengelak daripada memperkata­kan mengenai kelebihan dimiliki Hafiz kerana sejak perpindaha­n Shahrel Fikri Md Fauzi ke kelab Thailand, Nakhon Rachasima, Jun lalu, pemain berusia 25 tahun itulah yang mengambil alih peranan sebagai pemacu utama PKNP.

Apatah lagi apabila pemain import seperti Franklin Anzite hanya memberi harapan palsu kepada Abu Bakar sehingga beliau terpaksa mengambil langkah berani menggunaka­n dua import, Ritus Krjauklis dan Kim Sang Woo sahaja untuk kempen Piala Malaysia.

Ternyata percaturan Abu Bakar meminjam Hafiz daripada pasukan Perak pada perpindaha­n kedua musim lalu sesuatu yang berbaloi bukan sahaja untuk kelab

(gambar)

berkenaan, malah kepada pemain itu sendiri.

“Saya mengikuti perkembang­an karier Hafiz sejak 2011 ketika dia bersama pasukan remaja Perak. Dia memiliki bakat besar, tetapi tenggelam musim lalu kerana saingan yang terlalu sengit dengan kehadiran ramai pemain bintang dalam pasukan itu.

“Saya fikir daripada dia memanaskan bangku simpanan bersama Perak, lebih baik saya memanfaatk­an kemampuann­ya untuk PKNP. Ternyata, dia menggunaka­n peluang yang saya berikan dengan sebaik mungkin.

Dia bukan sahaja pemain yang lincah dan pintar malah memiliki sifat kepempinan yang tinggi walaupun bertubuh kecil. Atas faktor itu, saya melantikny­a sebagai kapten selepas Shahrel berhijrah ke Thailand,” kata Abu Bakar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia