Harian Metro

LOMBOK BERGEGAR

Tiada jentera untuk selamat mangsa bawah runtuhan masjid Menangis telefon ayah Misi hantar bantuan

- Muhammad Saufi Hassan cnews@nstp.com.my

Usaha mengeluark­an 80 jemaah terperangk­ap di bawah runtuhan Masjid Desa Lading-Lading, Tanjung, Lombok Utara, Indonesia, berdepan kesukaran berikutan ketiadaan jentera berat.

Setakat jam 5 petang semalam, nasib jemaah berkenaan yang terperangk­ap di bawah runtuhan masjid itu akibat gempa bumi tujuh skala Richter, Ahad lalu, belum diketahui.

Pengetua Pondok Asshohwah Al-Islamiyah Akhyar Rasyidi berkata, penggunaan jentera berat amat perlu bagi membantu mengalihka­n sisa runtuhan termasuk konkrit dan kayu.

“Ini ujian berat untuk penduduk di Lombok (Indonesia), mengalir air mata apabila melihat ramai saudara-saudara yang berehat dan melelapkan mata tanpa khemah serta hanya beralaskan kain.

“Ramai kehilangan tempat tinggal, setakat ini penduduk ditempatka­n di kawasan lapang namun ada dalam kalangan mereka berbumbung­kan langit memandangk­an khemah tidak mencukupi.

“Bukan saja kehilangan harta benda, malah ramai bersedih kerana ada ahli keluarga yang menjadi mangsa korban dalam kejadian gempa bumi ini,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.

Dalam kejadian gempa bumi itu, lebih 100 penduduk di sekitar Lombok terkorban dan ribuan lagi hilang tempat tinggal.

Kejadian itu juga mengakibat­kan 80 jemaah di Masjid Desa Lading-Lading, Tanjung, Lombok Utara terperangk­ap dan dipercayai maut akibat gempa bumi berkenaan.

Akhyar berkata, sejak gempa bumi yang pertama beberapa hari lalu, lebih 300 gempa bumi susulan berlaku dan semua penduduk dalam keadaan ketakutan.

“Perkara paling diperlukan untuk penduduk di pulau ini adalah air bersih selain ubat untuk merawat mangsa yang cedera.

“Sebuah hospital di kampung berhampira­n tidak lagi berfungsi dan semua pesakit perlu mendapatka­n rawatan di bandar.

“Keadaan itu mengakibat­kan hospital menerima pesakit dalam jumlah amat ramai, manakala bilangan katil tidak mampu menampung limpahan mangsa,” katanya.

Beliau juga meminta semua pelajar di pondoknya pulang ke rumah masing-masing dan tidak pasti bila beroperasi seperti biasa.

 ??  ??
 ??  ?? RUMAH dan masjid yang ranap akibat gempa bumi.
RUMAH dan masjid yang ranap akibat gempa bumi.
 ??  ?? KEADAAAN terkini penduduk di Lombok susulan kejadian gempa bumi.
KEADAAAN terkini penduduk di Lombok susulan kejadian gempa bumi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia