Harian Metro

BERDEPAN PENJARA 15 TAHUN

„ Bekas Perdana Menteri tak mengaku terima wang hasil aktiviti haram RM42 juta dalam akaun

- Murni Wan Omar, Ahmad Johari Ali, Hidir Reduan, Rahmat Khairulrij­al dan Siti Sarah Zulkifli murni@nstp.com.my

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta ke dalam akaun miliknya.

Najib, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Bagi pertuduhan pertama, Najib didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta hasil aktiviti haram melalui Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) ke dalam akaun miliknya di Bank AmIslamic.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Bank Am Islamic Berhad, Bangunan AmBank Group, No 55 Jalan Raja Chulan, dekat sini, pada 26 Disember 2014.

Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Najib didakwa menerima wang berjumlah masing-masing RM5 juta dan RM10 juta di tempat dan cara yang sama.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015.

Bagi ketiga-tiga perbuatan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali dari nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta atau mana-mana jumlah yang lebih tinggi.

Terdahulu, mereka yang hadir ketawa apabila Najib menegur dua kali kesalahan jurubahasa mahkamah yang tersilap membacakan pertuduhan terhadapny­a.

Beliau menegur apabila wanita itu menyebut ‘RM27 juta ribu’ dan ‘RM5 juta ribu’ sedangkan ia sepatutnya RM27 juta saja.

Pada mulanya, kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi sebelum dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi untuk direkodkan pengakuan.

Apabila dibawa ke hadapan Hakim Azman, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria memohon supaya kes itu dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi 3 bagi membolehka­n ia dibicaraka­n bersama dengan kes terdahulu.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup yang memohon supaya kes itu dibicaraka­n bersama dengan empat lagi pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Mahkamah membenarka­n wang jaminan RM1 juta yang ditetapkan sebelum ini diguna pakai dalam kes semalam.

Di dalam prosiding sama, pertuduhan pindaan terhadap empat pertuduhan sebelum ini dibacakan semula terhadap Najib.

Najib mengekalka­n pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n.

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah dan menyalahgu­nakan jawatannya berhubung dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

 ??  ??
 ??  ?? NAJIB hadir bagi menghadapi tiga pertuduhan terima wang hasil aktiviti haram di Mahkamah Seksyen, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
NAJIB hadir bagi menghadapi tiga pertuduhan terima wang hasil aktiviti haram di Mahkamah Seksyen, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia