Harian Metro

TIGA BERADIK YATIM PIATU

„ Suami isteri terbunuh kereta bertembung treler

- Mohd Fahmi Mohd Yusof dan Togi Marzuki cnews@nstp.com.my

“Sehari sebelum kejadian, saya melawat adik (Ahmad Mohd) dan isterinya di rumah. Ketika pertemuan itu, mereka kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum. Saya tidak menyangka ia pertemuan terakhir,” kata Hussin Mohd Nor.

Hussin, 52, abang kepada Ahmad Mohd, 49 yang maut dalam kemalangan apabila kereta Perodua Kancil dinaiki bertembung dengan treler dalam kejadian di Parit 1, Api-Api, Pontian petang, semalam.

Turut meninggal dunia dalam kemalangan jam 3.30 petang itu, isteri Ahmad, Rohana Kosnan, 46, manakala pemandu treler, Radzi Jaafar, 53, cedera.

Hussin berkata, adiknya bersama isteri dalam perjalanan ke Pejabat Tanah Pontian kerana ada urusan.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa pasangan itu ketika menziarahi mereka di rumahnya di Lorong Sulaiman, Kampung Parit Panjang, kelmarin.

“Arwah bekerja sebagai petani dan sentiasa disenangi ahli keluarga termasuk keluarga isterinya kerana sentiasa bersifat murah hati walaupun berpendapa­tan rendah,” katanya.

Bagi kakak Rohana, Zaiton Kosnan, 54, suami isteri itu adalah pasangan sejati.

Katanya, dia tidak menyangka pasangan yang ada tiga anak lelaki berusia enam hingga 12 tahun itu meninggal bersama dalam kemalangan itu.

Beliau berkata, jenazah pasangan suami isteri dikebumika­n di Tanah Perkuburan Permatang Palas, Benut, malam semalam.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Abdul Sani Mat Jani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.39 petang semalam.

“Sebuah jentera dengan lima anggota ke lokasi kejadian dan sejurus tiba, kedua-dua mangsa tersepit dan meninggal dunia di lokasi.

“Bomba mengambil masa setengah jam untuk mengeluark­an mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya sambil memaklumka­n operasi tamat jam 4.21 petang.

 ??  ??
 ??  ?? KERETA Perodua Kancil yang remuk selepas bertembung dengan treler di Parit 1, Api-Api, Pontian. Gambar kecil, Ahmad dan Rohana yang maut.
KERETA Perodua Kancil yang remuk selepas bertembung dengan treler di Parit 1, Api-Api, Pontian. Gambar kecil, Ahmad dan Rohana yang maut.
 ??  ?? ANGGOTA bomba bertungkus lumus mengeluark­an mangsa yang maut.
ANGGOTA bomba bertungkus lumus mengeluark­an mangsa yang maut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia