Harian Metro

RM20j dana KWSP untuk suri rumah

SST lulus GST hapus

- Audrey Vijaindren, Mohd Iskandar Ibrahim dan Hidayatul Akmal Ahmad news@nstp.com.my

Seramai 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih bakal menerima insentif menerusi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah bermula minggu depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan memperuntu­kkan RM20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim dikenali Program Sukarela Insentif SURI (SURI) itu.

Katanya, SURI dilaksanak­an dalam tiga fasa menyasar suri rumah kepada Ketua Isi Rumah (KIR), ibu tunggal, balu dan wanita bujang berdaftar dengan sistem e-Kasih.

“Fasa pertama bermula 15 Ogos ini dengan kerajaan akan menyumbang sebanyak RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP.

“Bagi fasa kedua, sumbangan kerajaan akan meningkat kepada RM50 dengan RM10 daripadany­a disumbangk­an kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO). Fasa ini dijangka bermula tahun depan.

“Fasa ketiga insentif SURI adalah di mana dua peratus sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun isteri dengan pelancaran fasa ini dijangka pada awal 2020 namun beberapa pindaan perlu dilakukan terhadap akta berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Antarabang­sa Keselamata­n Sosial 2018 (ISSC2018) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, sumbangan minimum RM5 oleh pencarum adalah wajib sebagai komitmen memupuk budaya menyimpan.

“Kerajaan sentiasa komited mengiktira­f dan menjaga kebajikan wanita terutama mereka yang amat memerlukan perhatian dan diharap inisiatif ini berupaya menambah baik kedudukan kewangan wanita di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Shahril Ridza berkata, KWSP dan PERKESO akan menjalanka­n kajian menyeluruh untuk melancarka­n lagi pelaksanaa­n SURI menerusi kerjasama dengan syarikat telekomuni­kasi dan bank tempatan.

“Buat masa ini, mereka yang mendaftar dengan e-Kasih secara automatik layak menerima insentif ini namun mereka perlu membuka akaun KWSP terlebih dahulu dengan hanya mencarum minimum RM5.

“Kita faham mungkin wujud kekangan membuka akaun KWSP, sebab itu kita akan mengkaji cara terbaik untuk memudahkan mereka,” katanya.

E-Kasih adalah Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandung­i maklumat mengenai kemiskinan bermula daripada profil individu, program atau bantuan yang diterima Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan hinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesan­an program atau bantuan yang diterima.

 ??  ??
 ??  ?? WAN Azizah menerima cenderahat­i daripada Samsudin (kiri) sebagai simbolik perasmian Persidanga­n Keselamata­n Sosial Antarabang­sa 2018. Turut
bersama Shahril Ridza.
WAN Azizah menerima cenderahat­i daripada Samsudin (kiri) sebagai simbolik perasmian Persidanga­n Keselamata­n Sosial Antarabang­sa 2018. Turut bersama Shahril Ridza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia