Harian Metro

BIDADARI HATIKU

„ Lelaki peluk Islam demi jaga isteri derita tulang belakang bengkok sejak 10 tahun lalu

- Mahaizura Abdul Malik.

Walaupun mengetahui bakal suri hatinya cacat seumur hidup namun demi cinta atau sudah jodoh membuatkan Muhammad Jefri Abdullah menerima ketentuan-Nya dengan rela hati. Baginya, Roszanika Abdul Karim adalah yang paling sempurna dan akan menjaganya selagi ada hayat. Keteguhan cinta pasangan ini diselami wartawan

Sudah 10 tahun berkahwin masih belum dikurniaka­n cahaya mata

Di mata Muhammad Jefri Abdullah, 43, isterinya, Roszanika Abdul Karim, 39, adalah bidadari sekalipun realitinya wanita itu menderita penyakit skoliosis hingga menyebabka­n tulang belakangny­a semakin hari semakin membengkok.

Keagungan cinta pasangan suami isteri ini bukan lakonan layar kaca televisyen namun benar-benar wujud.

Muhammad Jefri bukan saja menerima seadanya segala kekurangan isterinya yang hanya terdaya mengiring setiap masa, malah sanggup memeluk Islam untuk menjaga suri hatinya itu seumur hidup.

Sudah menjadi rutinnya sejak 10 tahun lalu, segala keperluan wanita itu diuruskan sendiri Muhammad Jefri termasuk menukar lampin pakai buang.

Bagi Roszanika, kudratnya terbatas dan hanya mampu mengiring dalam bilik sempit yang menjadi syurga mereka namun bertuahnya dia memiliki suami yang setia dan sentiasa di sampingnya.

“Saya rasa bertuah dapat suami macam ini. Tak pernah sekalipun terfikir berkahwin sebab sedar keadaan diri saya macam mana.

“Apabila muncul suami dalam hidup, saya terkejut dan tidak sangka ada orang sanggup terima saya dalam keadaan ini sebab bagi saya siapalah pandang orang cacat macam saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pandan Indah di sini, semalam.

Menurutnya, perkenalan pertama mereka begitu unik hingga membuahkan bibit cinta.

“Saya dibawa bersiar-siar melihat Kuala

Lumpur kerana kawan kasihan melihat saya terperuk dalam rumah, namun kuasa Allah menemukan saya dengan insan yang menyayangi saya seadanya.

“Walaupun cacat, saya mahu teruskan hidup macam orang biasa, malah saya kuat semangat kerana melihat ketulusan suami yang sanggup bersusah payah demi saya.

“Terima kasih banyak-banyak abang, sanggup jaga saya sejak 10 tahun lalu. Saya akan kenang budi abang sampai bila-bila,” katanya yang kedua-dua ibu bapanya sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Muhammad Jefri pula menyifatka­n sudah menjadi tanggungja­wabnya menguruska­n keperluan isteri sehingga menjadi

rutin hariannya.

“Saya tahu dia cacat sejak awal lagi, waktu itu tidak fikir apa pun kerana kali pertama melihat dia terus hati saya suka kepadanya. Mungkin ini jodoh, jadi saya terima dengan rela hati.

“Saya akan tunaikan janji dengan arwah emak dan ayahnya untuk menjaganya sampai akhir hayat.

“Di mata saya, isteri cukup sempurna macam orang normal, tidak pernah saya anggap dia cacat biarpun ada mengejek saya,” katanya.

Menurutnya, dia mempunyai impian untuk memberi kesenangan dan keselesaan kepada isterinya namun ujian menimpa apabila dia dibuang kerja pada 2 Ogos lalu berikutan kerap menjenguk isterinya yang turut mempunyai masalah sawan, asma dan jantung.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai pembantu kedai tetapi saya diberhenti­kan kerana kerap minta pelepasan balik sekejap melihat isteri di bilik sewa kami.

“Kami menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, namun cukup untuk membayar sewa bilik ini saja.

“Saya perlu keluar mencari sumber pendapatan tetapi pada masa sama kena menjenguk keadaan isteri, justeru saya mencari pekerjaan yang sesuai,” katanya. Orang ramai yang mahu meringanka­n beban suami isteri ini boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun CIMB 7624689924 atas nama Roszanika.

Terima kasih banyak-banyak abang, sanggup jaga saya Roszanika

Saya akan jaganya sampai akhir hayat Muhammad Jefri

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Jefri mengangkat Roszanika yang tidak mampu berjalan.
MUHAMMAD Jefri mengangkat Roszanika yang tidak mampu berjalan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia