Harian Metro

Tiba-tiba senyap

-

„ Bapa maut, bayi luka di tangan, muka akibat tercampak selepas kereta terbabas

untuk memangkuny­a. Bayi itu pada mulanya menangis dengan kuat, tetapi tiba-tiba berhenti menangis.

“Ketika itu, saya bimbang kemungkina­n dia mengalami kecederaan dalaman dan serta-merta meminta orang ramai segera menghubung­i ambulans,” katanya.

Menurutnya, sebuah ambulans tiba 15 minit kemudian dan saya menyerahka­n bayi itu kepada jururawat serta memintanya segera dibawa ke hospital.

“Bapa kepada bayi terbabit yang dilihat cedera di kepala tidak bergerak dan pegawai perubatan yang membuat pemeriksaa­n mengesahka­n dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superinten­dan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahka­n ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum berpusing serta terbalik.

“Keadaan itu menyebabka­n mangsa dan bayinya yang duduk di tempat duduk belakang tercampak keluar dari kenderaan,” katanya.

Menurutnya, bayi terbabit dibawa ke Klinik Kesihatan Kerteh untuk rawatan lanjut manakala jenazah bapanya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ ) 1987,” katanya.

 ??  ?? MOHD Badrul Ridhzuan (gambar kecil) maut dalam kemalangan di Kilometer 108, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Labuhan, semalam.
MOHD Badrul Ridhzuan (gambar kecil) maut dalam kemalangan di Kilometer 108, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Labuhan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia