Harian Metro

Suspek keenam ditahan

-

Suspek keenam kes kehilangan 60 kotak berisi dadah di stor penyimpana­n barang kes Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kampung Jijan, Nilai pada Ahad lalu, diberkas polis, kelmarin.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, lelaki berusia 30 tahun itu diberkas polis di rumahnya di Bukit Pelandok, Port Dickson jam 5 petang dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkawan.

“Pihak polis meningkatk­an usaha memburu suspek yang dikenal pasti untuk menyelesai­kan kes,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, polis menahan dua pengawal keselamata­n berusia 52 dan 61 tahun, dua pegawai kastam berusia 24 dan 25 tahun serta seorang lelaki berusia 30-an.

Akhbar pada Isnin lalu melaporkan satu sindiket pengedaran dadah nekad memecah satu daripada 10 kontena sebelum melarikan 80 kotak dipercayai dadah di Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan yang dianggarka­n bernilai RM30.4 juta.

Semua dadah itu bahan bukti selepas JKDM merampas bahan larangan terbabit dalam operasi di Pelabuhan Klang, Selangor, 7 Jun lalu sebelum dua kontena dibawa ke stor pada 18 Julai lalu.

Dalam kejadian 3 pagi, tujuh lelaki bertopeng menerjah masuk ke premis sebelum membelasah dan mengikat dua pengawal bertugas menggunaka­n pita pelekat.

Pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, semalam, Noor Azam menjelaska­n pihaknya percaya hanya tujuh lelaki merompak stor terbabit dan kejadian tiada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah.

Katanya, kehilangan lebih menjurus rompakan terancang sebaik penjenayah tahu di mana dadah disimpan iaitu dalam sebuah daripada 10 kontena yang diletak berhampira­n pondok pengawal.

 ??  ?? NOOR Azam
NOOR Azam
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 6 Ogos lalu.
LAPORAN Harian Metro, 6 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia