Harian Metro

Syukur tidak berdepan gangguan mistik

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon, Hannah Delisha, bersyukur apabila tidak berdepan gangguan mistik ketika menjayakan penggambar­an filem seram, Langsuir di Langkawi, tahun lalu.

Hannah berkata, walaupun ada kru produksi yang mengalami situasi menaikkan bulu roma, dia yang pertama kali berlakon filem terlepas daripada pengalaman sedemikian.

Bakal menemui penonton pada 20 September depan, filem terbitan Guam TeamWork Sdn Bhd dengan kerjasama Nuansa Films itu menggandin­gkan semula Hannah dengan pasanganny­a dalam drama Mencintaim­u Mr Photograph­er, Syafiq Kyle.

“Jika diikutkan, selama menjalani penggambar­an filem itu, ada kru yang terkena gangguan. Beberapa pelakon pula hampir dirasuk. Saya hanya ternampak kelibat dan terdengar suara. Saya percaya, situasi seperti itu adalah biasa, apatah lagi dalam pembikinan cerita seram.

“Saya juga pernah berdepan pengalaman hampir terpijak ular ketika menjayakan penggambar­an di kawasan air yang berbatu. Mujur ia tidak membawa sebarang kemudarata­n,” katanya.

Menurut gadis kacukan berusia 21 tahun itu, pengalaman mengikuti produksi milik ibunya membuat rakaman program bercorak mistik sebelum ini banyak membantu dirinya.

“Saya sudah biasa meneroka tempat yang jarang dijejaki atau sudah lama ditinggalk­an. Saya hanya takutkan perkara berbahaya secara fizikal,” katanya.

Pelakon Aeril Zafrel reda rugi RM100,000 akibat ditipu seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

Aeril atau Suhairil Sunari, 30, ketika ditemui berkata, perkara itu sudah lama berlaku dan hingga kini gagal mengesan individu yang menipunya.

“Sebagai mangsa, saya sudahpun membuat laporan polis berhubung perkara ini tetapi sehingga sekarang ia senyap begitu sahaja.

“Daripada terus fikirkanny­a saya memilih untuk reda. Soal duit itu, biarlah dia jawab di akhirat nanti.

“Lagi pun, kalau saya nak juga mencari dia, banyak benda harus dilakukan dan sampai bila pun takkan selesai.

„ Pelakon tak mahu terus fikir kehilangan wang sebaliknya tumpu terhadap kerjaya

Kuala Lumpur: Kemunculan selebriti popular Korea Selatan, Choi Siwon selama kurang satu jam di pintu masuk stesen MRT Semantan, di sini, petang kelmarin, mengejutka­n ramai pihak terutama peminatnya di negara ini. Beberapa peminat yang terserempa­k

dengan

“Jadi, lebih baik teruskan kehidupan dan fokus apa yang ada depan mata,” katanya.

Aeril berkata, dia kini sibuk dengan penggambar­an drama Jibril dan latihan teater Tanah Akhirku yang akan dipentaska­n di Istana Budaya (IB) pada 28 Ogos hingga 2 September depan.

Aeril kini selesa menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier lakonan selain meluangkan masa bersama keluarga tercinta. “Daripada saya terus memikirkan kehilangan duit, lebih baik saya tumpuan perhatian terhadap kerja. Lebih-lebih lagi saya sudah berkeluarg­a.

“Saya ada isteri serta anak yang perlu dijaga kebajikan dan keperluan mereka. Lagi pun, duit itu tak mungkin jumpa lagi,” katanya.

Aeril yang bertemu jodoh dengan pelakon Wawa Zainal dikurniaka­n dua anak iaitu Ahmad Fakharuddi­n Attar, 5, dan Hayla Maghfiraht­ul Adzkiyaa, 3.

 ??  ?? AERIL
AERIL
 ??  ??
 ??  ?? HANNAH
HANNAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia