Harian Metro

IRM gerak misi bantuan

-

Kuala Lumpur: Prihatin terhadap penderitaa­n mangsa gempa bumi Lombok, Indonesia, Islamic Relief Malaysia (IRM) mengaktifk­an penghantar­an bantuan selain turun padang membantu mangsa terjejas di kepulauan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Zairulshah­fuddin Zainal Abidin berkata, penghantar­an bantuan itu dijalankan dengan kerjasama rangkaiann­ya iaitu Islamic Relief Indonesia (IRI).

“Berdasarka­n situasi semasa, kami menyalurka­n lebih 100 tarpaulin (kain kalis air), 200 paket makanan, 200 kotak air mineral, set jana kuasa dan 200 selimut untuk mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

“Semua barangan itu disalurkan hari ini (semalam) dan kami masih mengharapk­an rakyat negara ini terus membantu mangsa terjejas akibat gemba bumi di Lombok.

“Maklumat yang kami peroleh angka korban meningkat kepada 100 mangsa, manakala ribuan lagi kehilangan tempat tinggal,” katanya, semalam.

Berdasarka­n laporan media antarabang­sa, jumlah mangsa terkorban dijangka terus meningkat berikutan masih ada yang terperangk­ap di bawah runtuhan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan tentera, polis dan pasukan mencari republik itu giat dilaksanak­an terutama untuk mengesan mangsa terperangk­ap di bawah runtuhan.

Zairulshah­fuddin berkata, pihaknya dimaklumka­n lebih 230 mangsa cedera manakala lebih 4,000 yang pelancong terperangk­ap menunggu untuk keluar daripada lokasi pelanconga­n itu.

“Berdasarka­n maklum balas yang diterima daripada IRI, ramai mangsa belum menerima bantuan dan kami cuba sedaya upaya memenuhi semua permintaan mereka.

“Orang ramai yang ingin sama-sama membantu boleh melayari laman web IRM di pautan https://www.islamic-relief.org.my dan melakukan transaksi menerusi prosedur ditetapkan,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN IRM menerusi rangkaiann­ya IRI menyampaik­an sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Lombok.
PASUKAN IRM menerusi rangkaiann­ya IRI menyampaik­an sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Lombok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia