Harian Metro

Pegawai kanan polis ditahan disyaki terima suapan RM15,000

-

Alor Setar: Seorang pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berhampira­n sebuah restoran di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kelmarin kerana disyaki menerima suapan bernilai RM15,000.

Suspek berusia 39 tahun itu ditahan SPRM Kedah jam 4.30 petang susulan aduan diterima lelaki terbabit cuba menyelesai­kan kes disiasatny­a berkaitan Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM).

Menurut sumber, suspek adalah pegawai penyiasat kes berpangkat Asisten Superinten­dan yang membuat penahanan empat individu disyaki terbabit kes ATIPSOM pada 31 Julai lalu.

“Individu terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pada 2 Ogos lalu sebelum pegawai kanan polis itu meminta suapan wang dipercayai bagi menyelesai­kan kes terbabit.

“SPRM Kedah yang menerima aduan selepas pengadu membuat aduan di pejabat SPRM Alor Setar kemudian bertindak menahan suspek dan merampas wang untuk suapan itu,” katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian dibawa ke Pejabat SPRM Alor Setar untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahka­n penahanan pegawai kanan polis terbabit bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Alor Setar semalam sebelum mendapat perintah tahanan reman selama empat hari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana memberi dan menerima suapan yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan,” katanya.

Seramai 17 pengawal keselamata­n di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, direman lima hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana Pilihan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia